UNTUK SIARAN SEGERA
KUALA LUMPUR, 26 MEI 2022 – iProperty.com.my telah mengenal pasti hartanah terpilih di kawasan utama berhampiran sekolah antarabangsa dan swasta terkenal di Lembah Klang yang telah merekodkan jumlah transaksi yang besar pada 2021. Projek-projek ini berada dalam radius 2KM dari institusi pendidikan popular dan berada di lokasi utama seperti Subang Jaya, Puchong, Kuala Lumpur, Mont Kiara, Kepong, Petaling Jaya, Setapak, Ampang Jaya, Cheras, Seri Kembangan, Shah Alam, Klang, dan Cyberjaya.
Shylendra Nathan, Pengurus Negara – PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my and iProperty.com.my), berkata, “Salah satu aspek pembelian yang dipertimbangkan di kalangan pembeli hartanah yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar dan sedang mencari rumah baharu, adalah lokasi yang berhampiran dengan sekolah. Oleh itu, mereka cenderung untuk mengutamakan akses ke sekolah yang bereputasi tanpa menjejaskan persekitaran kehidupan yang kondusif. Walaupun berdepan dengan kesukaran disebabkan oleh pandemik, hartanah yang terletak berhampiran sekolah swasta dan antarabangsa terus menarik perhatian dan menyaksikan aktiviti transaksi yang menggalakkan pada 2021.”
“Kami berpendapat bahawa walaupun dalam masa yang sukar, pembeli merasakan membeli rumah berdekatan dengan sekolah yang bereputasi kekal menjadi salah satu keutamaan mereka. Pertumbuhan transaksi turut juga disumbang oleh pelabur yang menyedari bahawa lokasi yang berhampiran dengan sekolah boleh menjadi pemacu permintaan hartanah sewa — terutamanya di kalangan komuniti ekspatriat yang populasinya dijangka meningkat berikutan peralihan Malaysia ke fasa endemik.”
“Apabila pasaran pulih, trend membeli hartanah berdekatan institusi pendidikan swasta mungkin akan meningkat. Ini memberi petanda baik bukan sahaja dari segi gaya hidup pembeli hartanah dan kemudahan anak-anak mereka, tetapi juga dari segi pertumbuhan nilai jangka panjang pelaburan hartanah mereka. Apatah lagi, trend berpindah ke kawasan pinggir bandar untuk mencari kualiti hidup yang lebih baik akan terus meningkat apabila model kerja hibrid menjadi lebih popular.”
Secara statistik, kehadiran pelajar tempatan di sekolah swasta dan antarabangsa semakin meningkat sepanjang sedekad lalu. Menurut Data Penyelidikan ISC, rakyat Malaysia merangkumi 45% populasi daripada pelajar sekolah antarabangsa premium dan 65% daripada sekolah antarabangsa pasaran pertengahan (dinilai mengikut yuran). Sememangnya, permintaan untuk kawasan kejiranan yang terletak di sekitar sekolah yang bereputasi telah meningkat, kerana hartanah dalam lokasi tersebut telah menjadi sasaran utama pembeli yang ingin menaiktaraf dan juga pasangan yang baru berumahtangga.
Selain itu, pandemik COVID-19 telah mengetengahkan keperluan untuk persekitaran pendidikan jarak jauh yang cemerlang. Dalam hal ini, institusi pembelajaran swasta terbukti lebih unggul dalam memudahkan pendidikan dalam talian menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif.
Terdapat beberapa sekolah antarabangsa dan swasta ternama di Lembah Klang yang memenuhi keperluan pelajar tempatan dan antarabangsa. Sila dapatkan senarai kawasan kejiranan dan hartanah terpilih, beserta dengan infografik dan dokumen lampiran, yang boleh dipertimbangkan oleh pemburu hartanah dalam nota di bawah.
* * *
Nota Kepada Editor
Siaran akhbar dan infografik perlu diberi bersama untuk memberikan pembaca anda butiran yang diperlukan dalam membuat keputusan pelaburan hartanah yang baik. Oleh itu, kami menyarankan agar maklumat dalam siaran akhbar ini dilampirkan bersama dengan infografik untuk diterbitkan. Selain itu, jika anda ingin menerbitkan infografik untuk kawasan tertentu, kami menyarankan agar senarai sekolah yang dikaitkan dengan kawasan tersebut (termasuk di dalam dokumen lampiran) diterbitkan sama supaya semua maklumat yang disiarkan relevan dan tepat. Sila rujuk kepada infografik dan dokumen lampiran kami di sini.
Data mentah diperoleh daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan kemudian dianalisa oleh PropertyGuru DataSense, cabang data, analitik dan penyelesaian Kumpulan PropertyGuru. iProperty.com.my juga telah mengambil langkah untuk memastikan bahawa sebarang keanehan data telah dialih keluar untuk mengurangkan herotan data.
Data transaksi dalam infografik mewakili rekod rasmi transaksi hartanah sebaik sahaja duti setem untuk Perjanjian Jual Beli telah dibayar di antara Januari hingga Disember 2021.
Mengenai iProperty.com.my
iProperty.com.my beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 200 kakitangan. iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka dalam pasaran, menawarkan pengalaman carian dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my turut menyediakan penyelesaian untuk pengguna seperti LoanCare – petunjuk kelayakan pinjaman rumah, saluran Berita & Gaya Hidup – kandungan yang merangsang perjalanan pencarian hartanah pengguna, acara – menghubungkan pencari hartanah dengan ejen dan pemaju di luar talian, dan banyak lagi. Syarikat ini adalah sebahagian daripada PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara.1
Untuk mendapatkan berita berkaitan iProperty.com.my, sila kunjungi www.iproperty.com.my/newsroom dan terokai pelbagai maklumat terkini mengenai permintaan, trend, teknologi serta produk berkaitan hartanah dan banyak lagi.
Jurucakap kami boleh didapati untuk ditemubual dan anda boleh berhubung dengan pasukan komunikasi kami di sini.
______________
1Dari segi penguasaan pasaran keterlibatan relatif berdasarkan kepada data SimilarWeb.