OK

iProperty.com.my: Pertumbuhan Harga median sewa hartanah Lembah Klang teratas bagi H1 2022 mencerminkan pemulihan pasaran sewa berterusan

By iProperty.com.my, Sep 25 2022


UNTUK SIARAN SEGERA 

  • Hartanah kediaman bertingkat tinggi di kawasan bandar yang mapan dan baru muncul mencapai kenaikan harga median sewa yang menggalakkan 
  • iProperty.com.my menyaksikan 34% peningkatan carian untuk hartanah sewa pada H1 2022  
  • Harga median sewa yang meningkat memberi peluang kepada pelabur hartanah untuk meneroka pasaran sewa Lembah Klang 

KUALA LUMPUR, 25 SEPTEMBER 2022 – iProperty.com.my hari ini mengumumkan hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan pertumbuhan harga median sewa tertinggi pada setengah tahun pertama (H1) 2022. Hartanah-hartanah tersebut telah memperoleh pertumbuhan peratusan dua angka berbanding setengah tahun kedua (H2) 2021.   

Semakin ramai pencari hartanah mengalihkan tumpuan kepada menyewa sebagai penyelesaian untuk meningkatkan keperluan gaya hidup dan ruang kediaman mereka. Ini disebabkan oleh iklim ekonomi yang mencabar termasuk kenaikan kadar faedah dan kos sara hidup yang lebih tinggi.  

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara, PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my), berkata, “Di iProperty.com.my, kami telah menyaksikan peningkatan 34% dalam carian untuk hartanah sewa pada H1 2022. Peningkatan carian ini mencadangkan bahawa menyewa adalah pilihan yang sesuai untuk pengguna yang ingin mencari lebih kebebasan dan fleksibiliti serta kelebihan kewangan. Pertumbuhan harga sewa yang memberangsangkan oleh beberapa hartanah terkemuka di Lembah Klang juga memberi petunjuk bahawa pasaran hartanah mempunyai keupayaan untuk pulih pasca pandemik. Ini memberikan keyakinan kepada pembeli dan penaik taraf yang ingin melabur dalam hartanah kediaman. Dalam keadaan yang sama, situasi ini memberi peluang kepada pelabur hartanah yang kukuh dari segi kewangan untuk memanfaatkan potensi hartanah sewa yang menguntungkan.” 

Data iProperty.com.my menawarkan gambaran yang lebih jelas tentang pergerakan harga sewa dengan mengenal pasti hartanah bertingkat tinggi melalui tiga peringkat harga berbeza – di bawah RM1,500; RM1,500 ke RM2,500; dan melebihi RM2,500. Ini menawarkan pandangan yang lebih mendalam tentang pelbagai jenis pilihan pelaburan sewaan yang menunjukkan prestasi baik dalam keadaan semasa.  

Berikut ialah senarai hartanah kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor dengan median pertumbuhan sewa tertinggi pada H1 2022: 

Mampu milik dan kemudahan – Hartanah terbaik dengan harga sewa bawah RM1,500 

Klik sini untuk muat turun gambar

Lokasi yang strategik dan harga yang baik adalah faktor pendorong utama di sebalik pertumbuhan harga median sewa beberapa hartanah kediaman bertingkat tinggi Kuala Lumpur di bawah RM1,500. Kondominium Miharja di Cheras mengungguli senarai dengan pertumbuhan sebanyak 11.5%. Kondominium tersebut berdekatan dengan stesen LRT dan MRT serta pengalaman runcit seperti pusat membeli-belah, medan selera, dan restoran. Beberapa hartanah bertingkat tinggi di Bukit Jalil dan Kuchai Lama juga muncul sebagai pemenang, mencatatkan pertumbuhan harga median sewa antara 9.1% (De Tropicana, Kuchai Lama) dan 7.8% (Residensi Lanai, Bukit Jalil). Pergerakan positif itu disokong oleh kemudahan untuk mengakses projek-projek ini melalui beberapa lebuh raya utama. 

Sementara itu, hartanah di pinggir bandar Selangor seperti Bandar Sungai Long, Cyberjaya, dan Semenyih, terus popular di kalangan penyewa berpendapatan sederhana. Landmark Residence 2 di Bandar Sungai Long, yang mencatatkan pertumbuhan harga median sewa sebanyak 16.7%, menawarkan nilai yang hebat dengan permintaan harga sewa yang berpatutan, persekitaran tempat tinggal yang tenang dan rangkaian jalan raya yang baik. Begitu juga di Cyberjaya, The Arc dan Tamarind Suites telah menunjukkan prestasi yang baik pada H1 2022 dengan pertumbuhan masing-masing sebanyak 10% dan 9.1%. The Arc adalah amat popular di kalangan pelajar university dan penyewa tempatan dan asing yang bekerja di sekitar kawasan itu. Manakala, Tamarind Suites mempunyai banyak unit yang disewakan sebagai penginapan jangka pendek kerana susun atur dupleksnya yang menarik dan lokasi yang bersebelahan pusat membeli-belah kejiranan popular. 

Memenuhi permintaan gaya hidup penduduk bandar – Hartanah terbaik dengan harga sewa antara RM1,500 hingga RM2,500 

Klik sini untuk muat turun gambar

Hartanah di dalam lingkungan harga ini menarik minat golongan muda di bandar kerana mereka biasanya tinggal di lokasi yang lebih strategik dan menawarkan beberapa kelebihan gaya hidup. Satu contoh ialah Taragon Puteri Bintang di Kuala Lumpur, yang menyaksikan harga median sewanya meningkat sebanyak 33.3% pada H1 2022. Ini telah menandakan kebangkitan semula minat di kawasan Jalan Pudu lama di sekitar Bukit Bintang. Hartanah ini mendapat manfaat daripada akses mudah ke pusat membeli-belah, pusat hiburan, LRT dan stesen Monorel. Atas sebab yang sama, beberapa hartanah di Setapak memperoleh antara 25% (The Ridge) dan 12.5% ​​(Platinum Lake PV 13) dalam pertumbuhan harga median sewa. Setapak menawarkan lebih banyak pilihan kediaman bertingkat tinggi dengan harga yang berpatutan dan kemudahan gaya hidup yang dinaik taraf, serta akses mudah ke pusat bandar. Hal ini memberi petanda baik kepada penduduk bandar moden yang berpendapatan sederhana. 

Bagi Selangor, lima hartanah sewa di Subang Jaya dan Puchong mendominasi senarai pertumbuhan harga median teratas – berikutan tarikan tradisionalnya sebagai kawasan kejiranan matang yang memfokuskan kehidupan keluarga dan komuniti. Faktor kesesuaian untuk didiami adalah salah satu kekuatan Subang Jaya. Kawasan ini telah menjadi sebuah pusat kepada pelbagai medan makan, tarikan keluarga dan institusi pendidikan,. Ini telah dicerminkan dalam prestasi kukuh tiga hartanah sewa termasuk Kenwingston Skylofts, yang menyaksikan harga median sewanya meningkat sebanyak 17.6%. 

Sementara itu, daya tarikan Puchong sentiasa menjadi tumpuan keterhubungan, dengan banyak LRT dan titik akses lebuh raya. Hasilnya, kawasan itu merupakan salah satu penggerak utama untuk harga median sewa di Selangor, mencatatkan pertumbuhan antara 12.5% ​​(Zefer Hill Residence) dan 16.7% (Skyvilla @ D’Island) pada H1 2022. 

Premium dan eksklusif – Hartanah terbaik dengan harga sewa melebihi RM2,500 

Klik sini untuk muat turun gambar

Hartanah dalam lingkungan harga sewa ini memenuhi keperluan penyewa berpendapatan tinggi dengan keutamaan untuk menikmati kehidupan mewah. Pembukaan semula sempadan antarabangsa telah menarik komuniti ekspatriat untuk kembali ke pasaran hartanah Malaysia. Sebagai contoh, di Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC), Setia SKY Residences mencatatkan pertumbuhan purata harga sewa sebanyak 29%. Suite Platinum (The Face Suites) juga memperoleh 15.4% disebabkan lokasinya dalam hab perniagaan dan komersial utama ibu kota. Hartanah ini juga terkenal di kalangan pelancong dan pengembara perniagaan yang mencari penginapan jangka pendek. Mont Kiara ialah satu lagi kawasan popular di kalangan ekspatriat yang menyaksikan harga sewa puratanya meningkat antara 11.1% (i-Zen @ Kiara 2) dan 10.5% (Lumina Kiara), menjadikannya sasaran kegemaran pelabur hartanah. 

Bagi penyewa tempatan dalam lingkungan pendapatan lebih tinggi, ramai yang merasakan pengalaman hidup yang dipertingkatkan dengan ruang yang besar, persekitaran hijau yang kondusif dan kemudahan yang memperkayakan gaya hidup, sebagai faktor kritikal apabila mencari hartanah. Contoh utama ialah Tropicana Grande, yang menyaksikan harga sewa puratanya meningkat sebanyak 9% – kondominium gaya resort ini menyediakan kemudahan rumah kelab dan berhadapan Tropicana Golf & Country Resort. Verde@Ara Damansara, dengan kemudahan rekreasi yang diilhamkan oleh hotel juga masuk ke dalam senarai dengan purata pertumbuhan harga sewa sebanyak 12.90%. Mendahului senarai ialah Saujana Residency di Subang Jaya, dengan purata pertumbuhan harga sewa sebanyak 20%. Walaupun lebih lama, apartmen berservis ini menawarkan kediaman berkepadatan rendah, taman peribadi khusus bagi unit yang lebih besar, dan pelbagai kemudahan gaya hidup termasuk kedai serbaneka dalaman dan dobi. 

* * * 

 

 Nota Kaki 

Data mentah ini diperoleh daripada laman web iProperty.com.my dan kemudian dianalisa oleh PropertyGuru DataSense, cabang data, analitik dan penyelesaian Kumpulan PropertyGuru. iProperty.com.my telah mengambil langkah untuk memastikan bahawa sebarang data terpencil telah dialih keluar untuk mengurangkan herotan data. 

Data pertumbuhan harga median sewa dalam siaran akhbar mewakili titik tengah set data dan ia tidak sama dengan harga purata. Dalam amalan hartanah, harga median dianggap sebagai petunjuk yang lebih baik bagi pergerakan harga dalam pasaran, kerana ia kurang dipengaruhi oleh data terpencil atau hartanah yang memesongkan nilai yang dirasakan dalam pasaran perumahan tertentu. 

Dengan melihat harga median, ia dapat membantu pelabur hartanah membuat keputusan yang baik tentang di mana dan bila untuk membeli atau menyewa rumah. Harga median yang meningkat menunjukkan pasaran penjual, manakala harga median yang jatuh menunjukkan pasaran pembeli. 

 

Mengenai iProperty.com.my   

iProperty.com.my adalah peneraju pasaran hartanah di Malaysia dan menawarkan gambaran hartanah yang lengkap bagi pencari dalam perjalanan pembelian, penyewaan, penjualan dan pelaburan hartanah mereka. Syarikat ini menawarkan pengalaman carian dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dan menyediakan penyelesaian pengguna yang mendalam seperti Bahagian Transaksi – yang menawarkan data transaksi sub-jualan terkini dan paling tepat dan LoanCare – penunjuk kelayakan pinjaman rumah. Syarikat juga komited untuk membangunkan alat Proptech yang inovatif dan cerapan dipacu data seperti iProperty PRO, Hab Pelanggan dan Perkhidmatan Pemasaran untuk menyokong rakan kongsi, pembangun hartanah dan ejen kami, dalam mengembangkan perniagaan mereka. Syarikat ini adalah sebahagian daripada Kumpulan PropertyGuru (NYSE: PGRU), syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara. 

Untuk berita-berita berkaitan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan temui permintaan dan aliran hartanah kediaman, teknologi dan kemas kini produk, dan banyak lagi. 

Jurucakap kami tersedia untuk ditemuduga dan anda boleh menghubungi pasukan komunikasi kami di sini. 

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.