UNTUK SIARAN SEGERA
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2022 – iProperty.com.my telah mengenal pasti beberapa hartanah kediaman yang telah menunjukkan prestasi lebih baik sejak tiga tahun kebelakangan ini ketika pasaran hartanah berhadapan dengan isu lebihan bekalan hartanah bertingkat serta wabak COVID-19. Walaupun persekitaran permintaan pengguna yang rendah antara 2019-2021, terdapat segelintir hartanah bertingkat tinggi di lokasi utama di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan menerima permintaan yang kukuh. Hartanah tersebut bukan sahaja menjana transaksi atau jualan tertinggi, tetapi juga memperoleh jumlah pertanyaan tertinggi (enquiries) pada 2021.
Shylendra Nathan, Pengurus Negara – iProperty.com.my, berkata, “Pelabur hartanah mungkin melihat trend permintaan yang menggalakkan ini sebagai petunjuk kukuh di mana mereka boleh memfokuskan pelaburan mereka pada 2022. Sememangnya wajar jika hartanah kediaman yang menunjukkan prestasi berdaya tahan semasa situasi pasaran yang mencabar, mungkin mempunyai peluang yang baik untuk berkembang pesat pada masa hadapan apabila pasaran telah pulih, terutamanya dari segi hasil sewa dan peningkatan modal.”
Di bawah ialah senarai 5 hartanah teratas dan lokasi utama yang perlu diperhatikan oleh pelabur:
Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur, kawasan yang paling mendapat minat pelaburan adalah kawasan yang menawarkan kemudahan gaya hidup moden seperti kompleks beli-belah, pawagam, kedai runcit dan tempat makanan dan minuman. Pelabur juga melihat untuk memanfaatkan pasaran sewa yang menjanjikan kerana kemasukan pekerja dan pelajar. Tambahan pula, kawasan dengan landskap kosmopolitan ini terdiri daripada restoran mewah dan pusat hiburan yang memenuhi keperluan komuniti ekspatriat telah menarik perhatian pelabur.
Sehubungan itu, Bukit Jalil dan Mont Kiara adalah bersesuaian dengan kriteria di atas — empat daripada lima hartanah pelaburan utama di Kuala Lumpur adalah dari dua perbandaran ini. Bukit Jalil menawarkan beberapa hartanah bertingkat tinggi dengan hasil sewa lumayan dan potensi yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan. Sementara itu, kondominium di Mont Kiara terus menguasai dengan harga yang tinggi, menjana pertumbuhan modal baik dan memberikan hasil sewa menarik.
Selangor
Di Selangor, Damansara ialah satu pilihan popular di kalangan pelabur hartanah kerana infrastruktur dan kemudahannya yang lengkap termasuk pusat beli-belah, institusi pendidikan, hospital dan pasar raya besar serta kehijauan yang luas di sekitarnya. Gabungan ini telah menarik golongan profesional muda yang ingin hidup dan bekerja dalam persekitaran serba lengkap yang selesa. Di Bandar Sri Damansara, terdapat sebuah kondominium di samping hutan simpan yang menawarkan pengalaman alam semula jadi, kepada pencari rumah.
Tiga daripada lima hartanah pelaburan utama di negeri ini terletak di Damansara Perdana, Kota Damansara dan Bandar Sri Damansara. Sebagai prospek pelaburan, Damansara menawarkan hasil sewa dan pertumbuhan modal menarik yang menjadi petanda baik untuk pelan pelaburan jangka panjang.
Negeri Sembilan
Di Negeri Sembilan, pelabur berminat untuk memanfaatkan reputasi negeri tersebut sebagai hab pendidikan dan kawasan tumpuan pelancongan. Oleh itu, kesemua lima hartanah bertingkat tinggi terbaik di Negeri Sembilan berada di Nilai dan Port Dickson. Nilai terkenal dengan lokasi beberapa institusi pengajian tinggi dan mempunyai populasi pelajar, guru dan kakitangan yang besar. Oleh kerana populasi pelajar yang besar, termasuk pelajar tempatan dan antarabangsa, potensi pendapatan sewa di Nilai adalah memberangsangkan.
Sebagai salah satu destinasi pantai yang terkenal di Malaysia, Port Dickson menarik minat pembeli dengan tarikan bayu laut dan pantai. Di samping itu, pelabur telah melihat potensi jangka panjang Port Dickson sebagai kawasan tumpuan pelancong. Walaupun hasil sewa adalah rendah di Port Dickson, sebuah kondominium di lokasi utama yang menawarkan pemandangan laut telah menyaksikan kenaikan harga mediannya sejak dua tahun lalu, menunjukkan potensi pelaburan jangka panjang yang baik.
Apakah situasi pasaran hartanah pada 2022?
Semua indikasi menunjukkan prospek pasaran yang menggalakkan pada 2022. Namun, pakar pasaran percaya bahawa kemajuan akan menjadi perlahan dan stabil. Namun begitu, sentimen yang memberangsangkan hasil daripada jangkaan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara antara 5.5% dan 6.5%, mungkin memberikan kesan positif kepada pasaran hartanah. Pertumbuhan aktiviti ekonomi ini mungkin dapat membantu meningkatkan keyakinan pengguna dan aktiviti transaksi.
Walaupun sentimen pasaran hartanah masih ditakrifkan sebagai rendah, sesetengah hartanah bertingkat tinggi telah menunjukkan prestasi yang positif dan menawarkan tinjauan dimana permintaan pengguna boleh berkembang dengan pesat tidak lama lagi. Tambahan pula, peralihan ke fasa endemik mungkin membawa peluang baharu kepada pelabur kerana permintaan pengguna dijangka meningkat.
* * *
Nota kepada Editor
Siaran akhbar dan infografik yang telah dinyatakan akan memberi pembaca-pembaca anda maklumat untuk membuat keputusan pelaburan hartanah yang lebih termaklum. Oleh itu, kami mencadangkan agar informasi dalam artikel ini ditambah dengan infografik untuk terbitan di platform anda. Sila rujuk infografik kami di sini.
Data diperoleh daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan kemudian dianalisis oleh PropertyGuru DataSense, cabang data, analitik dan penyelesaian PropertyGuru Group. Kami juga telah mengambil langkah untuk memastikan bahawa sebarang outlier telah dikeluarkan untuk mendapatkan data yang lebih tepat.
Data urus niaga mewakili rekod rasmi transaksi hartanah sebaik sahaja duti setem untuk Perjanjian Jual Beli telah dibayar sepanjang tahun 2019-2021. Pertanyaan mewakili bilangan minat yang ditunjukkan untuk hartanah melalui penyenaraian hartanah di iProperty.com.my.
Mengenai iProperty.com.my
iProperty.com.my beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 200 kakitangan. iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka dalam pasaran, menawarkan pengalaman carian dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my turut menyediakan penyelesaian untuk pengguna seperti LoanCare – petunjuk kelayakan pinjaman rumah, saluran Berita & Gaya Hidup – kandungan yang merangsang perjalanan pencarian hartanah pengguna, acara – menghubungkan pencari hartanah dengan ejen dan pemaju di luar talian, dan banyak lagi. Syarikat ini adalah sebahagian daripada PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara.1
Untuk mendapatkan berita berkaitan iProperty.com.my, sila kunjungi www.iproperty.com.my/newsroom dan terokai pelbagai maklumat terkini mengenai permintaan, trend, teknologi serta produk berkaitan hartanah dan banyak lagi.
Jurucakap kami boleh didapati untuk ditemubual dan anda boleh berhubung dengan pasukan komunikasi kami di sini:
______________
1Dari segi penguasaan pasaran keterlibatan relatif berdasarkan kepada data SimilarWeb.