OK

Akses Mudah kepada Data Transaksi adalah Penting bagi Menyelesaikan Isu Kajian Hartanah

By iProperty.com.my, Jun 16 2022


UNTUK SIARAN SEGERA

  • Penjual menghadapi masalah menentukan harga permintaan semasa hartanah dan tidak pasti bila masa yang sesuai untuk menjual dan mendapatkan keuntungan optimum
  • Pembeli sukar mencari hartanah di lokasi sesuai dan pada harga tepat
  • Data transaksi yang tepat memberikan pelanggan maklumat bernilai mengenai julat harga yang betul untuk berurus niaga atau menjual hartanah

Tansactions Section_iProperty.com.my

Klik sini untuk muat turun gambar

KUALA LUMPUR, 16 JUN 2022 – iProperty.com.my telah melawat semula isu yang sering dihadapi oleh para pengguna apabila mereka membuat kajian untuk membeli dan menjual hartanah. Salah satu isu utama ialah menentukan harga permintaan semasa sesuatu hartanah hingga menyebabkan pengguna memilih untuk tidak meneruskan pembelian atau penjualan mereka kerana bimbang mereka telah berbelanja lebih untuk membeli hartanah berkenaan atau menjualnya di bawah harga pasaran.  

Bagi pembeli rumah khususnya, kesukaran menentukan lokasi yang sesuai untuk membeli sesebuah rumah adalah di antara isu yang dihadapi oleh mereka semasa membuat kajian. Ketidakupayaan untuk memilih sebuah kawasan kejiranan yang serasi, dalam jangka masa yang munasabah, boleh menghampakan harapan para pembeli untuk mencari hartanah yang bersesuaian dengan bajet mereka. Bagi penjual rumah pula, mereka masih lagi berdepan dengan isu menentukan masa paling tepat untuk menjual hartanah mereka bagi mendapatkan keuntungan yang optimum. Ini kerana harga sesebuah hartanah bergantung kepada harga permintaan hartanah serupa di dalam kawasan yang sama. Oleh itu, penetapan harga permintaan atau jualan yang salah mungkin boleh menjejaskan peluang mereka untuk menjual hartanah.  

Shah Rubhen, Pengarah, Produk Malaysia iProperty.com.my  berkata, “Membeli atau menjual hartanah adalah satu komitmen besar yang memerlukan kajian menyeluruh dan penelitian sewajarnya, dan data transaksi memainkan peranan penting dalam kajian ini. Data transaksi yang tepat bukan sahaja memberikan pengguna satu alat mengukur harga yang betul untuk belian atau jualan, tetapi ia turut memperkasakan pengguna agar menjadi lebih yakin apabila berunding dengan ejen, pembeli atau penjual hartanah.” 

“Perlu ditekankan bahawa, walaupun data transaksi hartanah sekunder boleh didapati di dalam talian, ramai pengguna berdepan dengan halangan apabila mereka ingin membuat kajian mengenai hartanah. Sebagai contoh, kita masih lagi melihat pelbagai berita dan laporan mengenai penjual hartanah yang menghadapi kesukaran untuk menjual hartanah mereka disebabkan oleh jurang harga di antara pembeli dan penjual. Salah satu puncanya ialah ketiadaan platform mudah yang memberikan data harga permintaan semasa yang jelas dan terkini kepada pengguna. Kesukaran untuk mendapatkan data ini atau ‘lambakan maklumat’ daripada pelbagai laman sesawang boleh melambatkan atau menjejaskan minat pengguna untuk membeli atau menjual hartanah.”  

iProperty Transactions Section: Dapatkan data transaksi hartanah yang paling tepat dan komprehensif   

Klik sini untuk muat turun gambar

iProperty Transactions Section menyediakan data transaksi tepat dan terkini untuk hartanah kediaman sekunder, komersial, industri dan agrikultur. Dikuasakan oleh brickz.my, pengguna boleh melihat dengan serta-merta data transaksi 12 bulan terkini hartanah tertentu, di mana data ini boleh disaring mengikut saiz binaan, jenis hartanah, harga median, harga median bagi setiap kaki persegi, dan pegangan hartanah. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih makro, pengguna juga boleh mencari data transaksi jenis hartanah tertentu di negeri atau kawasan pilihan mereka. Selain daripada itu, pengguna boleh melihat senarai hartanah untuk dijual dan disewa, menjadikannya lebih mudah untuk mereka membaca informasi mengenai hartanah, menyemak data transaksi, dan mempertimbangkan hartanah yang disediakan di dalam satu platform. 

iProperty Transactions Section yang baru dilancarkan ini direka bentuk bagi memantapkan proses kajian pengguna dan membantu mereka membuat keputusan bermaklumat apabila membeli atau menjual hartanah. Sebagai contoh, pembeli rumah boleh membandingkan pelbagai harga permintaan hartanah sekunder yang diiklankan di senarai hartanah dengan harga transaksi terkini bagi memberikan mereka gambaran tentang harga pembelian hartanah. Pada masa sama, mereka boleh mencari hartanah atau kawasan yang sesuai dengan tanda harga pilihan mereka. Sementara itu, penjual rumah boleh menentukan harga permintaan yang betul atau untuk berunding dengan pembeli rumah. Sebagai tambahan, iProperty Transactions Section membolehkan penjual rumah menganalisis trend pasaran dan data transaksi lampau bagi mengukuhkan lagi keputusan mereka.  

Shah Rubhen ketika mengulas mengenai ciri-ciri iProperty Transactions Section berkata, “iProperty Transactions Section disasarkan untuk membantu pengguna dalam perjalanan mencari hartanah mereka dengan menyediakan data transaksi hartanah sebenar yang  mungkin sebelum ini tidak boleh diakses, lapuk atau sukar untuk diperolehi. Kami turut membawakan data transaksi yang tepat dan boleh dipercayai terus kepada pengguna bagi memberikan mereka kelebihan, ilmu pengetahuan dan keyakinan untuk menjadi lebih mahir dalam kajian hartanah mereka. Apa yang lebih penting ialah, data-data ini boleh didapati di dalam satu platform yang serba mudah, membolehkan pengguna melakukan kajian hartanah dengan cepat dan berkesan.” 

* * *  

 

Mengenai iProperty.com.my    

iProperty.com.my beribu pejabat di Kuala Lumpur dan mempunyai lebih 200 kakitangan.  iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka dalam pasaran, menawarkan pengalaman carian dalam dua bahasa iaitu Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my turut menyediakan  penyelesaian untuk pengguna seperti LoanCare – petunjuk kelayakan pinjaman rumah, Transactions Sectiondapatkan data transaksi hartanah subjualan terkini dan paling tepat, saluran Berita & Gaya Hidup – kandungan yang merangsang perjalanan pencarian hartanah pengguna, acara – menghubungkan pencari hartanah dengan ejen dan pemaju di luar talian, dan banyak lagi. Syarikat ini adalah sebahagian daripada  PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara.1

Untuk mendapatkan berita berkaitan iProperty.com.my, sila kunjungi www.iproperty.com.my/newsroom dan terokai pelbagai maklumat terkini mengenai permintaan, trend, teknologi serta produk berkaitan hartanah dan banyak lagi. 

Jurucakap kami tersedia untuk ditemubual dan anda boleh berhubung dengan pasukan komunikasi kami di bawah. 

______________

1Dari segi penguasaan pasaran keterlibatan relatif berdasarkan kepada data SimilarWeb.

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.