OK

iProperty.com.my ialah portal hartanah No. 1 di Malaysia dengan 56% bahagian pasaran

By iProperty.com.my, Jan 22 2021


UNTUK SIARAN SEGERA

  • Menurut SimilarWeb, iProperty.com.my merupakan portal hartanah No.1 di Malaysia dengan bahagian pasaran terbesar bagi pencari hartanah 
  • iProperty.com.my mengekalkan kepimpinan pasaran, jauh meninggalkan pesaing terdekat mereka
  • iProperty.com.my ialah Jenama Laman Web Hartanah Paling Digemari di Malaysia menurut Google Trends

iProperty.com_.my__Malaysias-No.1-Property-Site

KUALA LUMPUR, 22 JANUARI 2021 — iProperty.com.my, portal hartanah No. 1 di Malaysia, hari ini mendedahkan bahawa, walaupun terdapatnya impak COVID-19, pencari hartanah di Malaysia masih terus aktif mencari kediaman idaman mereka, lantas menghasilkan lebih ramai pembeli berpotensi kepada pelanggan iProperty.com.my.

Shylendra Nathan, Pengurus Besar iProperty.com.my berkata: “Kami gembira, walaupun terdapat impak COVID-19, iProperty.com.my terus menjadi portal hartanah No. 1 di Malaysia dengan pertumbuhan 35% dalam pengguna yang sedang mencari hartanah. Ini memberikan pelanggan kami akses kepada kumpulan terbesar pencari hartanah di Malaysia, seperti yang disiarkan oleh SimilarWeb. Ini juga bermakna iProperty.com.my telah mengekalkan kepimpinan pasaran dengan memiliki 56% bahagian pasaran dari segi pengguna yang mencari hartanah berbanding pesaing terdekatnya.”  

“Kejayaan kami dalam mengekalkan pengguna yang mencari hartanah terbesar di Malaysia boleh dikaitkan dengan tumpuan kami yang berterusan dalam memberikan pengalaman pengguna terbaik dan nilai pelanggan yang cemerlang, tanpa melupakan sokongan padu yang kami perolehi daripada para pengguna dan pembeli. Dengan lebih 470,000 senarai hartanah untuk pengguna kami layari di iProperty.com.my, tentunya terdapat sesuatu untuk setiap orang” kata Shylendra Nathan.

iProperty.com.my merupakan nama yang tidak asing di Malaysia. Hasil pencarian di Google Trends menunjukkan bahawa “iProperty” ialah Jenama Laman Web Hartanah Paling Digemari di Malaysia berbanding pesaing terdekatnya. Sebagai salah satu daripada pelbagai jenama Kumpulan REA dari Australia (Syarikat tersenarai di Bursa Sekuriti Australia (ASX), misi iProperty.com.my adalah untuk mengubah cara Malaysia mengalami pencarian hartanah, dengan menawarkan produk dan perkhidmatan yang memberikan nilai luar biasa kepada semua. 

Data hartanah telah menjadi semakin penting di zaman digital masa kini.  iProperty.com.my ingin memastikan pengguna membuat keputusan pembelian hartanah yang paling tepat. Dimiliki oleh iProperty.com.my, Brickz.my merupakan laman web data hartanah No. 1 di Malaysia. Ia memberikan paparan komprehensif tentang maklumat harga hartanah pasaran sekunder dan urus niaga terbaharu yang diyakini, boleh dipercayai dan terkini. 

Buat pengguna pula, iProperty.com.my ingin terus menjadi sebahagian daripada perjalanan pencarian hartanah mereka, dan membantu mereka menemui tawaran hartanah baharu melalui iProperty.com.my Great Property Deals. Setiap projek hartanah mengetengahkan sekurang-kurangnya tiga tawaran eksklusif seperti Projek Kempen Pemilikan Rumah (HOC), projek Sewa untuk Memiliki, rebat istimewa, Surat Cara Pemindahan atau Memorandum of Transfer (MOT) percuma, yuran guaman percuma untuk Perjanjian Jual Beli (SPA) dan banyak lagi. 

Untuk pengguna baru yang ingin memohon pinjaman perumahan, iProperty.com.my LoanCare, petunjuk kelayakan pinjaman perumahan boleh membantu anda mengira dan membandingkan pilihan pinjaman perumahan dengan sehingga 17 bank. Terdapat juga 5,000 artikel sehingga hari ini untuk pencari hartanah di semua tahap belajar tentang perjalanan pemilikan kediaman di bahagian  iProperty.com.my News & Lifestyle.

Bagi pelanggan agen hartanah, matlamat iProperty.com.my adalah untuk menawarkan anda dengan alat yang terbaik dalam kelasnya seperti iProperty PRO, alat teknologi hartanah terbaharu yang pertama di pasaran. Alat ini memberikan agen maklumat data hartanah dan ianya direka khusus untuk agen hartanah memaksimakan peluang perniagaan di mana jua, pada bila-bila masa sahaja. 

Untuk pelanggan pemaju, iProperty.com.my akan terus berusaha untuk bekerjasama dengan pemaju yang terkemuka dalam melancarkan pembangunan hartanah melalui  iProperty.com.my i360, platform bilik pameran maya yang memberikan lawatan secara maya yang mengasyikkan kepada pencari hartanah (pelanggan kami) untuk melihat hartanah pilihan mengikut keselesaan mereka sendiri. 

Shylendra Nathan, Pengurus Besar iProperty.com.my sedia untuk ditemubual.

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.