OK

iDEA Mengiktiraf Pemaju-Pemaju Terbaik dalam Pembangunan Hartanah, Kepimpinan Industri dan Tanggungjawab Sosial Terbaik

By iProperty.com.my, May 27 2021


UNTUK SIARAN SEGERA 

Penafian: iDEA 2021 mematuhi SOP Covid-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, di mana foto ini diambil secara berasingan semasa sesi pra-rakaman di St. Regis Hotel dan diedit sebagai foto kumpulan.

Klik sini untuk muat turn gambar.

KUALA LUMPUR, 27 MEI 2021 — Pemaju-pemaju hartanah terkemuka diberi penghormatan pada majlis anugerah iProperty Development  Excellence Awards (iDEA) tahunan ke-4 2021 yang dianjurkan oleh iProperty.com.my, portal hartanah No. 1 di Malaysia bagi mengiktiraf kecemerlangan dalam sektor pembangunan hartanah. iDEA mengumumkan 32 pemenang kategori yang menjadi rebutan dalam sebuah acara anugerah maya yang distrimkan secara langsung di dalam laman Facebook iProperty.com.my. Mah Sing Group Berhad menjadi pemenang terbesar apabila berjaya memperolehi enam (6) anugerah termasuk anugerah Pembangunan Bangunan Tinggi Terbaik 2021 dan anugerah Game Changer Pengguna yang mengiktiraf Mah Sing Group Berhad sebagai pemaju yang berjaya memperkenalkan dan mempengaruhi perubahan corak pemikiran pengguna.  

Tahun ini, selain daripada 26 kategori yang dipertandingkan, iDEA turut mengenal pasti empat (4) anugerah istimewa bagi mengiktiraf para pemaju hartanah, projek pembangunan dan individu cemerlang yang berjaya mencipta inovasi dan memberi sumbangan besar terhadap industri pembangunan hartanah di Malaysia. Selain daripada itu, sepuluh (10) pemaju hartanah akan dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Ramai berdasarkan kepada jumlah undian tertinggi yang diterima daripada orang ramai, manakala anugerah CSR Komuniti pula diberikan kepada pemaju yang menunjukkan sifat kepimpinan yang wajar dicontohi semasa pandemik COVID-19 dengan membantu rakyat yang terjejas.  

Di antara para pemenang yang wajar diberi perhatian ialah Tropicana Danga Cove Sdn Bhd yang berjaya meraih anugerah Pembangunan Kediaman Bertanah Terbaik dan Pembangunan Bertanah Selatan Terbaik untuk projek Ayera Residences. Manakala Rembawang Holdings Sdn Bhd pula berjaya memperolehi anugerah Pembangunan Bertanah Terbaik 2021 dan Pembangunan Bertanah Mewah Terbaik untuk projek Teringin @ Sri Ukay. Sementara itu, Ideal Group Berhad memenangi anugerah Pembangunan Bangunan Tinggi Paling Mampu Milik untuk projek One Foresta dan Sheng Tai International Sdn Bhd pula memenangi Anugerah Pembangunan Komersial Terbaik untuk The Sail. 

iProperty.com.my amat berbangga kerana dapat menyediakan sebuah platform yang mengiktiraf dan menghargai pembangunan hartanah berinspirasi yang menjadi contoh kepada seni bina, kecemerlangan, reka bentuk dan konsep berkualiti yang berupaya menambah baik pengalaman hidup para pembeli rumah hari ini. Kami berharap semoga pengiktirafan ini dapat membantu para pembeli membuat keputusan bermaklumat yang lebih tepat dalam mencari hartanah idaman mereka, dengan memilih hartanah yang terbaik di dalam kelasnya serta layak untuk dijadikan sebagai rumah impian mereka,” kata Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn BhdShylendra Nathan. 

“2021 adalah tahun di mana industri hartanah perlu menjalankan perniagaan dalam normal baru dan ia adalah sesuatu yang baik. Pandemik global ini telah mendorong para pencari hartanah di Malaysia untuk beralih kepada platform digital. Rakyat Malaysia telah beralih kepada platform digital yang lebih mudah dan selamat dalam usaha pencarian hartanah mereka yang terganggu akibat pandemik COVID-19.” 

Rakyat Malaysia telah meluangkan lebih banyak masa di dalam iProperty.com.my semasa pandemik ini, di mana secara purata mereka meluangkan masa lebih 8 minit di dalam laman berkenaan atau Time on Sitei. iProperty.com.my adalah portal hartanah No.1 di Malaysia, menurut Comscore, sebuah syarikat pengukuran dan analisis media pihak ketiga.  

Tambah Shylendra lagi, “Walaupun dilanda pandemik COVID-19, kami tetap menaruh harapan kepada pasaran hartanah kerana program vaksinasi yang sedang berjalan telah berjaya meningkatkan semula keyakinan terhadap pasaran hartanah tempatan. Negara kita mula menuju ke arah mencapai imuniti kelompok, kami menjangkakan keyakinan para pengguna terhadap pasaran hartanah akan terus meningkat hasil daripada inisiatif tersebut.” 

Kredibiliti iDEA dicapai menerusi proses penghakiman yang ketat dan keputusannya disahkan secara bebas oleh PwC Malaysia, yang merupakan rakan proses pengundian iDEA. Bagi memastikan penilaian yang menyeluruh merangkumi pelbagai perspektif, pakar-pakar industri daripada pelbagai disiplin profesional seperti seni bina, penilaian hartanah, topografi dan undang-undang hartanah telah dijemput untuk menganggotai panel hakim tersebut. iDEA turut menjadikan kualiti sebagai kategori anugerah dan kriteria pemilihan adalah berdasarkan kepada keutamaan para pencari hartanah. Anugerah ini menyasarkan untuk memberi keyakinan kepada para pencari hartanah dan menggalakkan lebih banyak pemaju hartanah agar sentiasa berusaha meningkatkan lagi kualiti kehidupan rakyat Malaysia.   

LAMPIRAN

Klik sini untuk melihat senarai lengkap pemenang iDEA 2021.

*** 

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.aurealcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.commaakan.com dan housing.com di India.

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. iProperty.com.my merupakan portal hartanah No. 1 di Malaysia yang menawarkan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.

________________

iMenurut Comscore MMX® Multi-Platform, Real Estate, Total Digital Audience, Mac 2021. 

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.