OK

PropNex Malaysia, iProperty.com.my meterai Perjanjian Komersil RM500,000 pulihkan perniagaan ejen hartanah

By iProperty.com.my, Oct 7 2020


Untuk Penyiaran Segera

  • Ejen PropNex Malaysia bakal menggunakan iProperty PRO, aplikasi proptech (teknologi hartanah) terbaharu daripada iProperty.com.my
  • Perjanjian komersil selama setahun ini bernilai RM500,000 dan bermula dari Oktober 2020 hingga September 2021
  • iProperty PRO menawarkan kepada ejen hartanah peralatan digital dan pemahaman data hartanah bagi membantu mengembangkan hubungan dengan jutaan pencari hartanah di Malaysia

KETERANGAN GAMBAR: (Kiri ke kanan) Evon Heng Yee Boon, Ketua Pegawai Operasi Propnex Malaysia; Marcus Teng Seng Wen, Ketua Pegawai Eksekutif Propnex Malaysia; Wong Siew Lai, Pemangku Pengurus (Malaysia) dan Pengurus Besar Pemasaran & Komunikasi iProperty.com Malaysia Sdn Bhd; Sean Liew, Pengurus Besar bagi Jualan Ejen dan Pemaju iProperty.com Malaysia Sdn Bhd dan Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar bagi Penyelesaian & Kualiti Data Pelanggan REA Group Asia (iProperty.com.my)

Muat turun gambar di sini

SELANGOR, 7 Oktober 2020 — iProperty.com.my, Laman Web Hartanah Nombor 1 Malaysia, telah menandatangani satu perjanjian komersil dengan PropNex Malaysia bagi membantu ejen hartanah meningkatkan potensi perniagaan mereka menerusi platform digital, khususnya aplikasi proptech terbaharu daripada iProperty.com.my iaitu iProperty PRO. Diasaskan pada 2018, PropNex Malaysia merupakan salah sebuah agensi hartanah paling pantas berkembang di negara ini dengan lebih 600 ejen hartanah di 4 cawangan iaitu Petaling Jaya, KLCC, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

iProperty PRO dilancarkan pada Mei 2020 bagi membantu ejen hartanah Malaysia membawa perniagaan mereka ke tahap lebih tinggi menggunakan data terkini dari pasaran. Aplikasi proptech ini mengandungi ciri yang boleh membantu ejen hartanah menjejak prestasi penyenaraian mereka menggunakan data dan pemahaman yang mendalam. Dengan membuat perbandingan dengan penyenaraian lain yang serupa di pasaran, iProperty PRO membantu ejen hartanah meningkatkan potensi perniagaan mereka.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah dirasmikan oleh Wong Siew Lai, dan Pengurus Besar Pemasaran & Komunikasi iProperty.com Malaysia Sdn Bhd dan Marcus Teng, Ketua Pegawai Eksekutif PropNex Malaysia di Bangi Convention Centre pada 4 Oktober.

Di bawah perjanjian ini, iProperty.com.my akan menyediakan sesi latihan pengetahuan digital eksklusif buat ejen hartanah PropNex Malaysia, memberi pemahaman mengenai carian pengguna dan mendidik ejen mengenai penggunaan aplikasi proptech secara efektif bagi meningkatkan kebolehlihatan penyenaraian hartanah mereka.

Jelaslah pandemik ini merupakan tempoh yang sukar bagi pasaran hartanah, terutama bagi ejen hartanah yang terpaksa berdepan dengan realiti kebiasaan baharu. Kesan wabak COVID-19 yang dapat kita lihat baru-baru ini menunjukkan anjakan pada cara ejen hartanah berinteraksi dengan pembeli, penjual dan pelabur dalam urusan hartanah. Kesudahannya, kita menyaksikan bagaimana data digital kini semakin banyak memacu cara pengguna mencari hartanah. PropNex Malaysia menyedari hakikat ini dan pentingnya melengkapi ejen hartanah dengan pengetahuan digital dan pemahaman data hartanah bagi membantu mereka memulihkan dan mengembangkan hubungan dengan jutaan pencari hartanah di Malaysia yang menggunakan platform digital untuk membeli dan menjual hartanah. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan sebuah agensi hartanah tempatan seperti PropNex Malaysia bagi memperkasakan ejen hartanah di Malaysia dengan peralatan digital yang diperlukan.”

-Wong Siew Lai, Pemangku Pengurus (Malaysia) dan Pengurus Besar Pemasaran & Komunikasi, iProperty.com Malaysia Sdn Bhd –

Kata Marcus Teng, “Sebagai laman web hartanah terkemuka di Malaysia, kepelbagaian inisiatif digital yang dibawa oleh iProperty.com.my dalam merevolusikan pemilikan hartanah memang tidak dapat disangkal lagi. Aplikasi hartanah dan pemahaman daripada data yang disediakan akan membolehkan ejen hartanah kami mengamalkan pendekatan digital dalam menangani arus perubahan dalam pasaran hartanah. Saya percaya kerjasama dengan iProperty.com.my ini akan memberi kelebihan bersaing kepada ejen hartanah PropNex Malaysia menerusi penggunaan data raya yang mencerahkan lagi peluang perniagaan mereka.”

Menerusi ciri Market Analytics, iProperty PRO mampu mengenal pasti perkara yang berpotensi menjadi masalah pada sesuatu penyenaraian dan mencadangkan penambahbaikan supaya penyeraian tersebut mampu menarik perhatian pembeli dan merangsang capaiannya.

Ejen hartanah juga boleh memanfaatkan ciri Home Report yang memberi anggaran harga sesebuah hartanah yang ingin dijual atau disewa bersama dengan analisis perbandingan pasaran. Ini membolehkan mereka memilih tempat terbaik untuk menyenaraikan hartanah. Turut dimuatkan adalah data komprehensif mengenai pertumbuhan modal dan hasil sewa, yang memudahkan ejen hartanah membuat perbandingan dengan unit lain di dalam bangunan yang sama dan unit di bangunan berhampiran yang bersaiz serupa.

Ejen hartanah juga mendapat akses kepada Brickz.my secara eksklusif di iProperty PRO. Ciri ini memastikan mereka maklum mengenai harga transaksi sebenar hartanah yang terkini yang boleh digunakan apabila merundingkan harga antara pembeli dan penjual. Di samping itu, ejen hartanah juga boleh mendapat maklumat mengenai kawasan popular dalam kalangan pembeli menerusi ciri trend pasaran di Brickz.my bagi mengoptimumkan penyenaraian mereka mengikut kawasan.

Ciri Market Insights pada iProperty PRO pula memuatkan maklumat berguna seperti kunjungan oleh pengguna, perintis jualan berpotensi, julat harga, kajian kawasan, angka penawaran dan permintaan serta populariti sesebuah hartanah (berdasarkan carian) di sesebuah kawasan. Pemahaman ini membolehkan ejen hartanah mendapat pulangan pelaburan (ROI) yang lebih tinggi dan memaksimumkan bilangan perintis jualan berkualiti dengan memahami tahap pesaing dan minat pembeli di sesebuah kawasan.

-tamat- 

 

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.aurealcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.commaakan.com dan housing.com di India.

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.