OK

iProperty.com.my menyediakan bantuan yang amat diperlukan oleh ejen hartanah

By iProperty.com.my, Apr 3 2020


Untuk Siaran Segera

KUALA LUMPUR, 3 April 2020 – iProperty.com.my baru-baru ini mengumumkan pelan bagi membantu rakan kongsinya, terutama sekali ejen hartanah, yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Inisiatif yang dipanggil #iPropertyCares support ini ditawarkan kepada ejen hartanahnya yang aktif bagi membantu mereka mengharungi waktu sukar yang tidak pernah dialami sebelum ini, bermula sekarang hingga 1 Mei 2020 dan diberi sebagai sumbangan ikhlas.

Berikut adalah bantuan #iPropertyCares yang akan dinikmati oleh ejen hartanah aktif:

  • Kesemua penyenaraian Premium dan Featured sedia ada yang masih aktif akan dilanjutkan hingga 1 Mei 2020.
  • Kesemua penyenaraian Premium dan Featured baru yang dihasilkan bermula sekarang hingga 1 Mei 2020 akan diberi lanjutan tambahan selama 30 hari daripada tarikh tamat tempoh penyenaraian.
  • Kesemua langganan akaun yang akan tamat tempoh antara 26 Mac hingga 30 April 2020 akan tamat tempoh secara automatik pada 1 Mei 2020.
  • Akaun-akaun yang baru didaftar yang diaktifkan pada bulan Mac dan April 2020 akan dilanjutkan untuk satu bulan lagi.

Bantuan yang diberikan kepada ejen ini bertujuan memberi lebih pendedahan dan pada masa yang sama memberi sedikit ruang masa kepada ejen hartanah untuk mengubah cara bekerja dan mengekalkan hubungan mereka dengan para pencari hartanah yang serius.

iProperty.com.my pada awalnya mengumumkan bantuan #iPropertyCares support kepada ejen hartanahnya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula-mula dikuatkuasakan pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Bagaimanapun, berikutan pengumuman kerajaan melanjutkan PKP, iProperty.com.my turut melanjutkan tempoh bantuan ini bermula 1 April hingga 1 Mei 2020.

Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan ini, ejen hartanah diminta menghubungi pengurus akaun iProperty.com.my masing-masing atau menghubungi bahagian sokongan pelanggan di nombor telefon +603 6419 5188, WhatsApp +6017 943 9107 atau e-mel customercare@iproperty.com.my, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi – 6 petang.

Pejabat iProperty.com.my ditutup sepanjang tempoh PKP, namun sokongan buat pelanggan masih berjalan seperti biasa dengan tenaga kerja iProperty.com.my beroperasi dari rumah masing-masing.

“Kesan COVID-19 telah membawa kepada keadaan yang tidak pernah dialami oleh pasaran hartanah tempatan. Rakan kongsi kami, khususnya ejen hartanah, mungkin akan terjejas akibat wabak ini. Disebabkan penguatkuasaan PKP, aktiviti mengunjungi hartanah melibatkan ejen dan pembeli tidak dapat dilaksanakan buat masa ini. Rakan kongsi kami terus menjadi keutamaan dalam setiap tindak-tanduk kami. Atas dasar perkongsian, kami ingin membantu rakan kongsi kami dengan sokongan ikhlas dan pemahaman. Kami berharap menerusi bantuan #iPropertyCares support, semua rakan kongsi kami akan mendapat lebih pendedahan,” kata David Mawer, Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd.

Dengan penularan COVID-19 yang terus memberi kesan kepada komuniti global, iProperty.com.my kekal fokus kepada kesihatan dan keselamatan pekerja dan pelanggannya, keluarga mereka dan komuniti setempat. Inisiatif #iPropertyCares support dibuat bagi memberi pelanggan ejen hartanah dan pemaju serta pelanggan media, satu aplikasi dan perkhidmatan inovatif yang boleh membantu perniagaan mereka dalam mengharungi perubahan ini dengan peningkatan pembeli rumah yang bertukar ke platform atas talian untuk sebarang urusan hartanah mereka.

***

 

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.au, realcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.com, maakan.com dan housing.com di India.

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.