OK

[Versi Bahasa Malaysia] Kurang Kesedaran Antara Sebab Penolakan Pinjaman Perumahan di Malaysia

By iProperty.com.my, Dec 6 2019


Untuk Siaran Segera

Mr. David Mawer, General Manager of iProperty.com Malaysia Sdn Bhd

David Mawer, Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd

KUALA LUMPUR, 6 hb Disember 2019 – 80% penolakan pinjaman perumahan di Malaysia, sehingga Jun 2019, adalah kerana rumah-rumah berharga lebih daripada tiga kali ganda nisbah pendapatan tahunan pemohon, menurut seorang pegawai Bank Negara Malaysia. Ini disebabkan kekurangan kesedaran pada proses permohonan pinjaman perumahan yang tersebar di kalangan bakal pembeli rumah di Malaysia,
terutamanya mereka yang membeli rumah untuk kali pertama. Antara sebab-sebab lain penolakan pinjaman perumahan biasanya termasuk kekurangan kemampuan membayar balik, skor kredit yang tidak memuaskan, selera risiko bank yang berbeza dari bank ke bank dan komitmen kewangan lain yang mungkin mempengaruhi kadar kejayaan permohonan pinjaman.

Ciri-Ciri LoanCare, Point of Interest (POI) dan Transaction History pada iProperty.com.my
membantu rakyat Malaysia dalam perjalanan mencari hartanah terpilih mereka

LoanCare, yang dilancarkan pada awal tahun 2019, merupakan ciri penunjuk kelayakan pinjaman rumah di iProperty.com.my bagi membantu pembeli rumah di Malaysia menentukan skor kadar nisbah
pembiayaan hutang (DSR) mereka. Menerusi Loancare, pengguna boleh mendapatkan laporan kelayakan pinjaman peremuhan mereka daripada 17 bank berserta jumlah ansuran bulanan dan tempoh
pinjaman rumah. Kini, rakyat Malaysia boleh mengakses maklumat ini secara percuma di iProperty.com.my di hujung jari mereka.

Sebagai tambahan kepada LoanCare, iProperty.com.my memberikan peluang kepada pembeli rumah untuk menerokai kawasan berdekatan yang dipilih dengan ciri Point-of-Interest (POI). Selain lokasi, jenis
hartanah dan harga, keselesaan sara hidup adalah satu lagi faktor penting bagi kebanyakan pencari hartanah. Ciri POI diintegrasikan ke dalam peta hartanah yang dicari dan boleh membantu pembeli
rumah di Malaysia membuat keputusan yang lebih baik untuk mengakses kemudahan-kemudahan di sekitar hartanah yang dicari termasuk jarak, semuanya dalam satu pandangan.

Pembeli rumah juga boleh melihat sejarah transaksi setiap hartanah di iProperty.com.my. Dikuasakan oleh brickz.my, pencari hartanah dapat melihat sehingga 10 sejarah urus niaga hartanah terbaru, nilai
jualannya, harga kaki persegi serta harga median hartanah di kawasan itu. Sementara itu, pemilik rumah akan sentiasa dimaklumkan mengenai hartanah pilihan mereka dengan menjejaki jumlah dan nilai
rumah serupa yang telah dijual. Dengan itu, pencari hartanah akan mendapat gambaran yang jelas mengenai nilai hartanah di kawasan mereka.

Mengulas mengenai ciri-ciri ini, David Mawer berkata, “Ciri-ciri di iProperty.com.my ini bertujuan untuk membantu pembeli rumah di Malaysia dalam perjalanan hartanah mereka. Mata-mata data ini akan
membantu menentukan harga hartanah pilihan mereka. Di samping itu, pencari hartanah boleh dengan mudah menyelaraskan jenis harta yang mereka idami, sama ada di kondominium atau rumah teres serta
kawasan kejiranan pilihan mereka untuk memeriksa sama ada hartanah sasaran mereka berada dalam anggaran yang sesuai atau tidak. Ini membolehkan mereka menjalankan carian hartanah dengan lebih
cepat dan berkesan.

“Sebagai laman web nombor 1 rakyat Malaysia untuk mencari hartanah, iProperty.com.my menyediakan tempat yang mudah untuk mencari nilai dengan data transaksi dan tempat menarik, carian yang
diperibadikan dan laporan kelayakan pinjaman rumah, semuanya dalam satu platform. Kami telah mengenal pasti cabaran atau kesusahan dalam perjalanan pencarian hartanah mereka dan kami
mempunyai penyelesaian teknologi dan data untuk membantu rakyat Malaysia mencari rumah impian mereka.” tambah David Mawer.

***

Download media here:

Mr. David Mawer, General Manager of iProperty.com Malaysia Sdn Bhd

***

 

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group Limited merupakan sebuah syarikat pengiklanan global dengan pegkhususan dalam bidang hartanah. Perniagaan kami dipacu inovasi dan bertunjangkan nilai, dan mempunyai lebih daripada 1,600 orang pekerja, semuanya menjunjung satu matlamat, iaitu ‘untuk mengubah cara dunia menikmati hartanah’. REA menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan produk dan pengalaman yang inovatif buat semua pengguna kami di seluruh dunia.

Di Australia, Kumpulan REA mengendalikan laman web perumahan, komersil dan hartanah untuk perkongsian yang terkemuka – realestate.com.aurealcommercial.com.auflatmates.com.au – dan juga Spacely, laman web hartanah bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang pejabat bagi jangka masa pendek. Jumlah pengguna besar ini yang ingin membeli, menjual, menyewa atau berkongsi hartanah secara langsung membekalkan data dan maklumat berharga mengenai bagaimana orang ramai membuat carian hartanah. REA juga merupakan pemilik Hometrack Australia, penyedia perkhidmatan data hartanah yang terkemuka. Bagi pekhidmatan kewangan pula, kumpulan REA juga adalah pemilik Smartline, salah satu kumpulan francais pembrokeran gadai janji utama Australia.

Asia merupakan rantau hartanah yang paling pesat berkembang di dunia dan kekal penting dalam strategi global Kumpulan REA. Operasi Kumpulan REA Asia termasuk portal hartanah terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SmartExpo) dan Thailand (ThinkofLiving.com). Kami juga mempunyai portal yang dikenali ramai di Singapura (iProperty.com.sg) dan China (myfun.com). Laman web, aplikasi dan acara-acara hartanah Kumpulan REA menyediakan perkhidmatan hartanah yang paling komprehensif di seluruh Asia Tenggara.

Ibu pejabat iProperty.com.my terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan kunjungan lebih daripada 3 juta  pengguna setiap bulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka, dan menawarkan penkhidmatan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Selain dari rantau Asia, REA adalah pemegang saham utama  Move, Inc. di Amerika Syarikat (pengendali realtor.com) dan Elara di India, yang mengendalikan Housing.com, PropTiger dan Makaan.