OK

[Versi Bahasa Malaysia] iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2019 Memberi Penghormatan Kepada Bintang Hartanah

By iProperty.com.my, Oct 10 2019


Untuk Siaran Segera

36 pemaju terkemuka diraikan oleh laman hartanah No. 1 Malaysia dalam satu majlis anugerah eksklusif

(Klik disini untuk muat turun gambar)

KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2019 – iProperty.com.my mengumumkan 36 pemenang iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2019 dalam satu majlis yang serba eksklusif. Dalam acara tahunan kali ke-3 ini, TA Global Berhad menang besar apabila berjaya membawa pulang 4 anugerah termasuk Anugerah Pembangunan Terbaik 2019 untuk projek utama mereka, Damansara Avenue. Majlis anugerah berprestij yang ditaja oleh Kansai Paint, cat rasmi untuk iProperty Development Excellence Awards 2019, telah diadakan di St. Regis Hotel Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih daripada 450 individu dari pemaju hartanah dan profesional industri.

Antara pemenang lain termasuklah Mah Sing Group Berhad, yang berjaya merangkul Anugerah Pembangunan Perumahan Bertanah Terbaik untuk projek M Aruna, dan LBS Group Berhad yang menerima Anugerah Pembangunan Bandar Terbaik (bawah 500 ekar) untuk projek LBS Alam Perdana. Kedua-dua kategori anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kepada projek pembangunan yang siap dibina dan akan datang.

Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, Encik David Mawer

(Klik disini untuk muat turun gambar)

“Setiap tahun, iProperty Development Excellence Awards memberi penghormatan kepada pemaju hartanah dan projek pembangunan terbaik yang berjaya memenuhi impian rakyat Malaysia untuk memiliki rumah mereka sendiri. Sebagai laman hartanah nombor 1, iProperty.com.my, kami amat berbangga kerana dapat menyediakan sebuah platform untuk mengiktiraf dan meraikan kejayaan para pelanggan kami dan pembangunan yang cemerlang ini,” kata Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, David Mawer.

Tambah beliau lagi, “iProperty.com.my adalah satu laman hartanah terkemuka yang membantu rakyat Malaysia mencari rumah atau pelaburan idaman mereka sebagaimana yang diketengahkan di majlis anugerah malam ini. Penyertaan yang diterima dari kalangan pemaju yang sangat berkaliber mencerminkan profesional dinamik, kreatif serta bersemangat, berjaya memberi kesan mendalam terhadap kehidupan ribuan pembeli dan pelabur hartanah di dalam atau luar negara. Sumbangan mereka terhadap pasaran hartanah perlu diiktiraf dan kami berasa gembira kerana dapat menyediakan platform untuk berbuat demikian.”

Tahun ini, anugerah ini telah diadili oleh sebuah panel bebas yang terdiri daripada 9 pakar industri hartanah mewakili organisasi yang disegani seperti Royal Institute of Surveyors Malaysia (RISM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) dan Institut Perancang Malaysia (MIP). Sebagai rakan pengundian rasmi, PwC Malaysia bertanggungjawab mengendalikan prosedur pengundian dan proses mengundi serta mengesahkan keputusan secara bebas. Selain daripada itu, Anugerah Pilihan Ramai, satu kategori istimewa yang diundi oleh anggota masyarakat dan disahkan secara bebas oleh PwC Malaysia, memberi peluang kepada pembeli rumah di kalangan rakyat Malaysia untuk memilih pemaju kegemaran mereka.

Memandangkan majlis anugerah hartanah ini kian berkembang, iDEA 2019 telah memperkenalkan 3 kategori baru iaitu Pembangunan Seni Bina Landskap Terbaik, Pembangunan Pejabat Terbaik dan Pembangunan Antarabangsa Terbaik. Kategori terbaru ini mencerminkan permintaan unik dalam sektor hartanah Malaysia dan iProperty.com.my berbangga kerana dapat memberikan penghormatan kepada pemaju berkenaan dengan anugerah baru tersebut.

Untuk mendapatkan senarai penuh pemenang anugerah iDEA 2019, sila layari www.iproperty.com.my/idea/ .

****

Appendix
The winners of the iProperty Development Excellence Awards (iDEA) 2019 were:
COMPLETED DEVELOPMENTS

1. BEST LUXURY HIGH-RISE DEVELOPMENT – Wave @ Marina Cove by Trilink Pyramid Sdn Bhd
2. DEVELOPMENT OF THE YEAR – Molek Regency by Alpha Astral Realty Sdn. Bhd.
3. BEST RESIDENTIAL HIGH-RISE DEVELOPMENT – Molek Regency by Alpha Astral Realty Sdn. Bhd.
4. BEST WATERFRONT DEVELOPMENT – 18 East, Andaman at Quayside by Eastern & Oriental Berhad
5. BEST AFFORDABLE DEVELOPMENT – Bandar Baru Setia Awan Perdana (Phase 1) by Setia Awan Group
6. BEST INDUSTRIAL DEVELOPMENT – Frontier Industrial Park by WB Land Sdn Bhd

FUTURE DEVELOPMENTS

1. BEST TOWNSHIP DEVELOPMENT (below 500 acres) – LBS Alam Perdana by LBS Bina Group
Berhad
2. BEST TOWNSHIP DEVELOPMENT (500 acres and above) – Bandar Sri Sendayan by Matrix
Concepts Holdings Berhad
3. BEST LANDSCAPE ARCHITECTURE DEVELOPMENT -One East, Damansara by CK East Group
4. BEST RESIDENTIAL HIGH-RISE DEVELOPMENT – Novum by Eupe Corporation Berhad
5. BEST INTERNATIONAL DEVELOPMENT – Paragon @ Melbourne by Fajarbaru Builder Group
Bhd
6. BEST LUXURY LANDED DEVELOPMENT – Residensi Millenia by GCI Precept Asia Group
7. BEST NORTHERN DEVELOPMENT – Penang International Exchange (PIX) by Ideal Property
Group
8. BEST OFFICE DEVELOPMENT – Stellar Suites by IOI Properties Group Berhad
9. BEST SOUTHERN DEVELOPMENT – Danga Sutera by Iskandar Waterfront City Berhad
10. BEST AFFORDABLE DEVELOPMENT – Core SoHo Suites by KIP Group
11. BEST RESIDENTIAL LANDED DEVELOPMENT – M Aruna by Mah Sing Group Berhad
12. BEST WATERFRONT DEVELOPMENT – Jesselton Quay by SBC Corporation Berhad
13. BEST LUXURY HIGH-RISE DEVELOPMENT – Ativo Suites @ Damansara Avenue by TA Global
Berhad
14. BEST MIXED DEVELOPMENT – Damansara Avenue by TA Global Berhad
15. BEST TRANSIT-ORIENTED DEVELOPMENT – Damansara Avenue by TA Global Berhad
16. DEVELOPMENT OF THE YEAR – Damansara Avenue by TA Global Berhad

PEOPLE’S CHOICE AWARD – TOP 10 DEVELOPERS (in no particular sequence)

1. Eastern & Oriental Berhad
2. Glomac Berhad
3. Ideal Property Group

4. IOI Properties Group Berhad
5. LBS Bina Group Berhad
6. Mah Sing Group Berhad
7. Malaysia Land Properties Sdn Bhd
8. Matrix Concepts Holdings Berhad
9. Platinum Victory
10. UEM Sunrise Berhad

SPECIAL RECOGNITION

1. INNOVATION LEADER OF THE YEAR – Tan Sri Dato’ Sri Lim Hock San from LBS Bina Group
Berhad & MGB Berhad
2. VISIONARY DEVELOPER AWARD – Mah Sing Group Berhad
3. COMMUNITY BUILDER AWARD – Matrix Concepts Holdings Berhad
4. CONSUMER GAME CHANGER AWARD – Sime Darby Property Berhad

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group Limited merupakan sebuah syarikat pengiklanan global dengan pegkhususan dalam bidang hartanah. Perniagaan kami dipacu inovasi dan bertunjangkan nilai, dan mempunyai lebih daripada 1,600 orang pekerja, semuanya menjunjung satu matlamat, iaitu ‘untuk mengubah cara dunia menikmati hartanah’. REA menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan produk dan pengalaman yang inovatif buat semua pengguna kami di seluruh dunia.

Di Australia, Kumpulan REA mengendalikan laman web perumahan, komersil dan hartanah untuk perkongsian yang terkemuka – realestate.com.aurealcommercial.com.auflatmates.com.au – dan juga Spacely, laman web hartanah bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang pejabat bagi jangka masa pendek. Jumlah pengguna besar ini yang ingin membeli, menjual, menyewa atau berkongsi hartanah secara langsung membekalkan data dan maklumat berharga mengenai bagaimana orang ramai membuat carian hartanah. REA juga merupakan pemilik Hometrack Australia, penyedia perkhidmatan data hartanah yang terkemuka. Bagi pekhidmatan kewangan pula, kumpulan REA juga adalah pemilik Smartline, salah satu kumpulan francais pembrokeran gadai janji utama Australia.

Asia merupakan rantau hartanah yang paling pesat berkembang di dunia dan kekal penting dalam strategi global Kumpulan REA. Operasi Kumpulan REA Asia termasuk portal hartanah terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SmartExpo) dan Thailand (ThinkofLiving.com). Kami juga mempunyai portal yang dikenali ramai di Singapura (iProperty.com.sg) dan China (myfun.com). Laman web, aplikasi dan acara-acara hartanah Kumpulan REA menyediakan perkhidmatan hartanah yang paling komprehensif di seluruh Asia Tenggara.

Ibu pejabat iProperty.com.my terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan kunjungan lebih daripada 3 juta  pengguna setiap bulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah terkemuka, dan menawarkan penkhidmatan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Selain dari rantau Asia, REA adalah pemegang saham utama  Move, Inc. di Amerika Syarikat (pengendali realtor.com) dan Elara di India, yang mengendalikan Housing.com, PropTiger dan Makaan.