OK

[Versi Bahasa Malaysia] iProperty.com.my dalam misi untuk mengubah pengalaman hartanah rakyat Malaysia

By iProperty.com.my, Jun 20 2019


Untuk Siaran Segera

  • Pertingkatkan pengalaman hartanah dalam Bahasa Malaysia 
  • LoanCare kini menyediakan laporan kelayakan pinjaman rumah sehingga daripada 17 bank 
  • Jelajah kawasan kejiranan idaman dengan Point-of-Interest yang disesuaikan mengikut pilihan anda 
  • Percepat carian hartanah anda dengan penyenaraian Carian Lepas dan Senarai Hartanah Berkaitan 
  • Buat keputusan yang lebih bijak dan menyokong urusan jual beli hartanah anda dengan bantuan data 

(Klik disini untuk muat turun gambar)

Kuala Lumpur, 20 Jun 2019 – iProperty.com.my secara rasmi mengumumkan ciri-ciri tambahan baharu dan kemaskini terkini di laman webnya. Ciri-ciri baharu yang dikemaskini ini bertujuan untuk mengubah pengalaman/cara rakyat Malaysia membeli dan menyewa hartanah.

Rakyat Malaysia kini boleh mencari prospektif hartanah dalam bahasa pilihan mereka

Pengguna kini boleh membuat pilihan antara Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Melalui versi Bahasa Malaysia di laman web ini, pengguna akan mempunyai pengalaman yang sama seperti yang terdapat dalam versi Bahasa Inggeris. Bermula dari halaman utama hinggalah ke hasil carian bagi kategori berikut: Hartanah untuk dibeli, Hartanah untuk disewa dan Perumahan baru.

Versi Bahasa Malaysia juga membolehkan pengguna mencuba ciri-ciri baharu tersebut untuk memperincikan hasil carian mereka dengan lebih mendalam seperti membuat penetapan bagi pencarian hartanah di negeri pilihan; jenis hartanah yang dicari; menetapkan harga maksimum dan minimum; ruangan kaki persegi serta bilangan bilik tidur. Melalui pangkalan data penyenaraian hartanah sedia ada, senarai hartanah akan dipaparkan berdasarkan tetapan carian pengguna tersebut.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan laman web kami dalam Bahasa Malaysia dan ia merupakan saat yang ditunggu-tunggu. iProperty.com.my kini boleh dilayari dalam Bahasa Malaysia, laman web ini dapat dicapai kepada lebih daripada 69% penduduk tempatan. Ini terdiri daripada golongan Bumiputra yang bukan sahaja merupakan pasaran penting bagi kami, tetapi juga segmen yang mencari peluang untuk mendapatkan pengetahuan dan maklumat hartanah. Kini, kami boleh membantu lebih ramai rakyat Malaysia untuk pencarian rumah idaman mereka dengan menggunakan platform kami ini,” kata David Mawer, Pengurus Besar iProperty.com Malaysia Sdn Bhd.

LoanCare iaitu aplikasi Penunjuk Kelayakan Pinjaman Perumahan yang terdapat di laman web iProperty.com.my juga disediakan dalam versi Bahasa Malaysia. Diperkenalkan pada bulan April 2019, LoanCare akan membantu lebih ramai rakyat Malaysia meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan dan yang paling penting ia dapat mengurangkan kemungkinan permohonan mereka ditolak.

Dengan penawaran teknologi kewangan (Fintech) terbaharu iProperty.com.my yang diperkasai oleh Finology Sdn Bhd, rakyat Malaysia boleh menyemak nisbah hutang dan kelayakan pinjaman perumahan dengan hanya 3 langkah.

(Klik disini untuk muat turun gambar)

Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan laporan kelayakan pinjaman perumahan sehingga daripada 17 bank

LoanCare juga telah dikemaskini dengan dua ciri baharu. Kini, pengguna boleh mendapatkan laporan kelayakan pinjaman perumahan mereka sehingga daripada 17 bank di Malaysia berserta dengan jumlah ansuran bulanan dan tempoh pinjaman rumah dihantar terus ke e-mel mereka.

Di Malaysia, kebanyakan bakal pemilik rumah tidak menyedari bahawa bank yang berbeza menawarkan nisbah pembiayaan hutang (Debt Servicing Ratio) yang berbeza-beza. Nisbah pembiyaan hutang ialah jumlah pendapatan seseorang yang boleh digunakan untuk membayar ansuran hutang dan diwakili dengan peratusan (%). Kini, kesemua pembeli boleh mengakses maklumat ini secara percuma di iProperty.com.my di hujung jari mereka.

Tidak seperti aplikasi semakan pinjaman rumah yang lain, LoanCare dari iProperty.com.my juga tidak memerlukan seseorang untuk mendedahkan nombor Kad Pengenalan mereka.

“Konsep nisbah pembiayaan hutang adalah baharu bagi kebanyakan orang. Selalunya, mereka tidak faham bahawa bank menggunakan nisbah pembiayaan hutang dalam pelbagai cara walaupun ia bukanlah satu konsep yang sesuai dengan semua perkara. Nisbah pembiayaan hutang menunjukkan berapa banyak pendapatan seseorang digunakan untuk membayar ansuran hutang dan dinilai dengan peratusan. Ia dinilai daripada dua (2) komponen utama iaitu komitmen dan pendapatan.

Apabila seseorang dalam usaha pencarian hartanah tanpa pemahaman yang betul bagi konsep nisbah pembiayaan hutang ini, permohonan mereka berkemungkinan ditolak oleh bank dan mereka tidak dibenarkan untuk membuat permohonan pinjaman perumahan selama tiga hingga enam bulan.

Pada dasarnya, kami ingin menyediakan platform yang mudah bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan pencarian hartanah yang dikehendaki melalui carian khusus dan laporan kelayakan pinjaman perumahan melalui satu saluran sahaja. Ia adalah sasaran utama bagi mencapai objektif ini dengan pelancaran versi Bahasa Malaysia ini,” tambah David Mawer.

(Klik disini untuk muat turun gambar)

Jelajah kawasan kejiranan idaman dengan Point-of-Interest yang disesuaikan mengikut pilihan anda

Selain lokasi, jenis hartanah dan juga harga, kesesuaian tempat untuk didiami adalah satu lagi faktor penting bagi kebanyakan pencari hartanah. Point-of-Interest yang diintegrasikan pada peta hartanah pilihan anda akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik dengan adanya ciri-ciri yang menunjukkan cara yang mudah untuk mengakses “tempat anda seperti pejabat, sekolah anak dan pusat beli-belah kegemaran anda. Pengguna dapat melihat jarak dan laluan ke hotspot teratas (tempat anda) di sekeliling hartanah pilihan mereka hanya dalam satu peta.

(Klik disini untuk muat turun gambar)

Percepat carian hartanah anda dengan penyenaraian Carian Lepas dan Senarai Hartanah Berkaitan

Dengan penyenaraian hartanah Malaysia sedia ada yang berkualiti dan menyeluruh di iProperty.com.my, pencarian hartanah yang tepat kadang kala merupakan tugas yang sukar. Namun, kini ia dipermudahkan dan dipercepatkan lagi dengan adanya Senarai Hartanah Berkaitan. Carian hartanah anda secara tidak langsung akan menyenaraikan hartanah yang serupa/hampir sama mengikut lokasi, jenis hartanah, keluasan binaan dan harga rumah yang telah dipilih.

Untuk menjadikan pencarian hartanah yang lebih mudah, ciri-ciri Carian Lepas membolehkan pengguna kembali ke halaman yang telah mereka lawati sebelum ini dengan cepat sewaktu melayari kembali iProperty.com.my. Sebagai contoh, jika carian lokasi terakhir anda ialah ‘Bangsar’, kata kunci ini akan dipaparkan dalam medan carian apabila anda kembali ke iProperty.com.my.

Buat keputusan yang lebih bijak dan lebih baik dengan bantuan data

Sesebuah rumah/kediaman mungkin merupakan salah satu harta yang paling bernilai bagi kebanyakan orang, sama ada ia dibeli untuk penginapan sendiri mahupun sebagai pelaburan. Sebelum memutuskan untuk membeli sesebuah hartanah, informasi yang disokong dengan data akan membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih baik. iProperty.com.my telah memasukkan maklumat sehingga 10 transaksi hartanah dari Brickz.my yang dikemaskini pada halaman penyenaraian hartanah untuk dijual. Maklumat-maklumat tersebut merangkumi butiran hartanah, tarikh jualan, harga jualan dan keluasan binaan. Data yang disediakan oleh Brickz.my ini dibekalkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Jika pengguna memerlukan maklumat tambahan seperti nombor unit atau alamat penuh, mereka boleh layari www.brickz.my. Pelabur juga boleh mendapatkan maklumat seperti Pertumbuhan Modal (Capital Growth) dan Anggaran Hasil Sewaan (Estimated Rental Yield) yang tersedia dengan mudah.

Sehingga kini, iProperty.com.my mempunyai lebih daripada dua juta pengguna setiap bulan dan meneruskan usaha untuk berinovasi dan memastikan pengalaman pengguna yang lancar. Untuk maklumat lanjut mengenai semua perkara berkaitan hartanah, layari iProperty.com.my

-tamat-

Mengenai iProperty.com.my: iProperty.com.my adalah jenama pengguna REA Group Asia di Malaysia dan merupakan laman web hartanah yang terkemuka di Malaysia, memberi kemudahan kepada pengguna untuk mencari hartanah bagi pembelian atau penyewaan, dan juga menghubungkan pencari hartanah dengan ejen hartanah serta pemaju. iProperty.com.my turut menawarkan penyelesaian secara dalam dan luar talian bagi pelanggan dan pengguna yang terlibat dalam acara atau ekspo yang berkaitan hartanah dan menghasilkan isi kandungan digital dan video.

Dengan kunjungan lebih 2 juta pengguna dalam masa sebulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah nombor satu di Malaysia.

Mengenai REA Group Limited: REA Group Limited ACN 068 349 066 (ASX: REA) (“REA Group”) adalah syarikat pemasaran digital multinasional yang mengkhusus dalam bidang hartanah. REA Group mengendalikan laman web perumahan, komersil, dan hartanah untuk perkongsian yang terkemuka di Australia – realestate.com.au, realcommercial.com.au, Flatmates.com.au – dan juga Spacely, satu laman web hartanah, bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang pejabat bagi jangka masa pendek. Di Asia, Kumpulan REA memiliki laman web hartanah yang terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), dan portal-portal terkenal di Hong Kong (squarefoot.com.hk), China (myfun.com), dan Singapura (iProperty.com.sg) serta ekspo perniagaan (SmartExpo) yang merentasi benua Asia dan sebuah laman ulasan hartanah terkemuka di Thailand (thinkofliving.com). REA Group juga memiliki Smartline Home Loans Pty Ltd, iaitu kumpulan francais pembrokeran gadai janji di negara Australia dan Hometrack Australia Pty Ltd, penyedia utama bagi perkhidmatan data hartanah. REA Group juga merupakan pemegang saham penting bagi laman web hartanah Move, Inc di Amerika Syarikat dan PropTiger di India.