UNTUK SIARAN SEGERA
- Kuala Lumpur merekodkan transaksi hartanah bertanah yang lebih tinggi berbanding kediaman bertanah.
- Kediaman bertingkat tinggi terpilih di pinggir bandar Selangor popular kerana ianya mampu milik dan berdaya huni.
- Golongan profesional muda dan keluarga berpendapatan rendah-ke-sederhana membeli rumah bertanah mampu milik di Seberang Perai.
- Selepas Selangor, Johor mencatatkan jumlah tertinggi seterusnya bagi transaksi kediaman bertanah.
KUALA LUMPUR, 2 Mei 2023 – iProperty.com.my mendedahkan hartanah kediaman sekunder terlaris di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Projek-projek bertanah dan bertingkat tinggi tersebut merekodkan transaksi tertinggi antara Julai 2021 sehingga Jun 2022*. Hartanah-hartanah ini menyalurkan maklumat penting mengenai keutamaan pembelian pengguna dalam tempoh pemulihan ekonomi pasca-pandemik di Malaysia. Data transaksi diperolehi daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).
Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia (PropertyGuru.com.my and iProperty.com.my) berkata, “Apa yang menarik adalah kebanyakan hartanah terlaris dalam tempoh ini mempunyai hak milik pegangan bebas. Jumlah transaksi bagi rumah bertanah di Selangor dan Johor, dengan saiz binaan melebihi 1,100 kaki persegi, adalah amat menggalakan. Di samping itu, kediaman terpilih di Kuala Lumpur yang dilengkapi dengan kemudahan yang hebat di dalam persekitaran yang tenang dan hijau, menunjukkan kebolehidupan ialah faktor penting bagi pembeli rumah. Sementara itu, hartanah bertanah terus mendominasi di Johor.
Pada 2023, kami menjangkakan jumlah transaksi hartanah kediaman sekunder akan meningkat seperti unit bertingkat tinggi berharga sekitar RM500,000 di Selangor dan Pulau Pinang. Sementara itu, projek mewah khusus di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mungkin akan terus menjana minat pembeli. Dengan pengecualian duti setem penuh yang diumumkan baru-baru ini untuk pembeli rumah kali pertama**, kami berharap aktiviti pasaran sekunder akan terus stabil di samping pembeli rumah mengambil kesempatan daripada insentif kewangan ini.”
Hartanah bertanah terlaris di Kuala Lumpur – Kediaman bertanah premium dekat persekitaran hijau memikat pembeli rumah
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
Taman Tun Dr Ismail, Taman Tun Dr Ismail | Rumah Teres | 63 | 1,500,000 | 1,800 |
Bukit Damansara, Damansara Heights | Banglo | 46 | 5,000,000 | 7,782 |
Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling, | Rumah Teres | 46 | 660,000 | 1,760 |
Overseas Union Garden, Old Klang Road | Rumah Teres | 38 | 800,000 | 1,647 |
Taman Bukit Maluri, Kepong | Rumah Teres | 37 | 740,000 | 1,873 |
Di Kuala Lumpur, dua projek yang merekodkan transaksi terbanyak adalah di kawasan kejiranan kelas atasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan Bukit Damansara, dengan purata harga median melebihi RM1.5 juta. Dua lokasi ini menarik perhatian pembeli rumah mewah yang menggemari persekitaran hijau yang subur dengan akses mudah ke pusat bandar. TTDI mengungguli senarai dengan 63 jumlah transaksi. Kawasan kelas pertengahan atas ini menawarkan hartanah pegangan bebas di persekitaran yang tenang berdekatan dengan kawasan yang menghijau seperti Taman Rimba Kiara dan Taman Awam Bukit Kiara. Sementara itu, Bukit Damansara (46 transaksi) menawarkan gabungan unik banglo gaya 1970-an, reka bentuk vintaj dan rumah yang dibina mewah. Tambahan pula, Bukit Damansara terletak secara strategik di lereng bukit, membolehkan penduduk menikmati persekitaran yang tenang berhampiran dengan pusat bandar Kuala Lumpur.
Hartanah bertingkat tinggi terlaris di Kuala Lumpur – Pembeli rumah mencari kondominium yang mewah dan luas
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
Seni Mont Kiara, Mont Kiara | Kondominium | 33 | 2,365,000 | 2,895 |
Royal Domain Sri Putramas 2, Jalan Kuching | Kondominium | 29 | 510,000 | 1,238 |
The Estate, Bangsar South | Kondominium | 28 | 1,880,000 | 2,519 |
Bukit OUG, Bukit Jalil | Kondominium | 27 | 380,000 | 1,448 |
The Z Residence, Bukit Jalil | Kondominium | 27 | 650,000 | 1,238 |
Tema mewah diteruskan dalam segmen hartanah bertingkat tinggi di Kuala Lumpur apabila dua kondominium mewah, Seni Mont Kiara dan The Estate, Bangsar South, berjaya menduduki tangga tiga teratas dengan masing-masing mencatat 33 dan 29 jumlah transaksi. Apa yang menarik tentang unit-unit hartanah ini ialah, ianya bersaiz melebihi 2,000 kaki persegi. Keluasan ini dilengkapi dengan reka bentuk dan susun atur dalaman yang indah, menawarkan penghuninya unsur kemewahan dan eksklusif — ia daya tarikan yang menarik kepada pembeli rumah yang mempunyai pendapatan tinggi. Selain itu, kedua-dua pembangunan pegangan bebas menawarkan ciri unik untuk pembeli rumah mewah, seperti kediaman berkepadatan rendah, lobi lif persendirian dan unit luas dengan pemandangan bandar yang indah. Bagi Seni Mont Kiara, ia mempunyai galeri seni bersepadu dan taman berkonsepkan pulau. Sementara itu, salah satu faktor positif The Estate ialah susun aturnya yang besar antara 2,346 kaki persegi hingga 7,057 kaki persegi, dengan unit tunggal serta unit dwi-kunci (dual-key) — faktor menarik untuk keluarga berbilang generasi.
Hartanah bertanah terlaris di Selangor – Rumah teres pinggir bandar ialah pemenang yang jelas
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
Bukit Sentosa, Serendah | Rumah Teres | 223 | 260,000 | 1,170 |
Taman Sentosa, Klang | Rumah Teres | 166 | 390,000 | 1,205 |
Bukit Beruntung, Serendah | Rumah Teres | 121 | 255,000 | 1,195 |
Bandar Bukit Raja, Kapar | Rumah Teres | 118 | 595,000 | 1,302 |
Bandar Utama, Bandar Utama | Rumah Teres | 110 | 1,400,000 | 1,647 |
Di Selangor, lima transaksi teratas datang daripada rumah teres di kawasan pinggir bandar. Empat daripada lima hartanah bertanah berjarak 35km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ini sejajar dengan trend pembeli rumah mencari ruang kediaman yang besar ketika tempoh kerja hibrid menjadi norma biasa. Yang menariknya, dua daripada tiga hartanah teratas dalam kategori ini adalah dalam mukim Serendah, Hulu Selangor. Bukit Sentosa, yang merekodkan 223 transaksi, ialah sebuah perbandaran pegangan bebas bersepadu yang meliputi kawasan seluas 2,411 ekar. Bukit Sentosa berkongsi banyak kemudahan dan fasilitinya dengan bandar berhampiran seperti Bukit Beruntung and Rawang. Di antaranya ialah pasar raya besar, institusi pendidikan, dan hospital. Manakala rumah teres kedua paling laris, Taman Sentosa di Klang, mencatatkan 166 transaksi. Penduduknya menikmati akses kepada pelbagai kemudahan seperti perubatan, kemudahan sekolah, pasar raya besar, dan pusat membeli-belah. Mengenai , ia dihubungkan melalui beberapa jalan utama di Klang.
Hartanah bertingkat tinggi terlaris di Selangor – Hartanah bertingkat tinggi menyediakan gabungan tepat di antara kemampuan dan pengalaman hidup yang selesa
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
Sg Long Residence, Sungai Long | Kondominium | 60 | 575,900 | 1,410 |
Venice Hill, Cheras | Kondominium | 54 | 280,000 | 1,539 |
Serunai Apartment, Bandar Bukit Raja, Kapar | Pangsapuri | 52 | 270,000 | 1,001 |
Mutiara Heights, Kajang | Kondominium | 38 | 530,000 | 1,250 |
Palm Spring, Kota Damansara | Kondominium | 35 | 400,000 | 1,023 |
Hartanah kediaman yang mampu milik dan berdaya huni di pinggir bandar adalah sangat popular di kalangan pembeli rumah. Hartanah yang berprestasi baik menawarkan ciri unik seperti susun atur yang elegan dan persekitaran yang tenang. Sebagai contoh, Sg Long Residence di Bandar Sungai Long, yang mencatatkan transaksi tertinggi dengan 60 jualan, direka bentuk dengan konsep berkembar, menawarkan permandangan tanpa halangan bagi setiap unit. Projek pegangan bebas ini juga mempunyai ruang yang direka bentuk unik dengan tingkap berlapis yang besar — menyediakan ruang dalaman yang terang serta pengudaraan semula jadi. Di tempat kedua ialah Venice Hill berdekatan Cheras dengan jumlah 54 transaksi. Kondominium pegangan bebas lereng bukit ini dikelilingi oleh pemandangan semula jadi dan menyediakan pemandangan pusat bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan. Unsur-unsur ini merupakan faktor kukuh untuk pembeli rumah yang ingin berehat daripada gaya hidup moden dan sibuk mereka. Tambahan pula, Venice Hill telah muncul dalam beberapa senarai iProperty.com.my sebelum ini, seperti Hartanah Kediaman Bertingkat Tinggi Terbaik untuk Pelaburan di Greater Klang Valley pada 2022 dan Projek Kediaman Paling Cemerlang H1 2022 dengan Pertumbuhan Modal Tertinggi.
Hartanah bertanah terlaris di Pulau Pinang – Rumah bertanah di Seberang Perai menguasai transaksi tertinggi di Pulau Pinang
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
Putera Villas, Kepala Batas- | Rumah Bandar | 57 | 275,000 | 1,130 |
Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat | Rumah Teres | 42 | 330,000 | 1,302 |
Taman Widuri, Sungai Jawi | Rumah Teres | 38 | 185,000 | 1,195 |
Bertam Perdana, Kepala Batas | Rumah Teres | 33 | 360,000 | 1,540 |
Taman Merak, Simpang Ampat | Rumah Teres | 26 | 250,000 | 1,001 |
Di Pulau Pinang, pembeli memilih hartanah bertanah di Seberang Perai dalam julat harga mampu milik di bawah RM500,000. Transaksi ini menunjukkan bahawa rumah bertanah di kawasan ini tersedia untuk golongan profesional muda dan keluarga B40 dan M40 . Tambahan pula, hartanah-hartanah ini menyediakan kemudahan yang pelbagai dengan akses yang baik. Sebagai contoh, Putera Villas (57 transaksi) ialah pembangunan rumah bandar dengan hakmilik strata, salah satu daripada beberapa hartanah di Kepala Batas yang mempunyai hakmilik tanah sedemikian. Kemudahannya termasuk kolam renang, gimnasium, rumah kelab, dan sistem keselamatan 24 jam. Bandar Tasek Mutiara (42 transaksi) ialah sebuah perbandaran pegangan bebas di Simpang Ampat. Salah satu faktor pembezanya ialah, ia mempunyai sekolah swasta sendiri. Selain itu, hab komersial Bandar Tasek Mutiara terletak di tengah-tengah perbandaran, di mana penduduk boleh menikmati pelbagai kemudahan, seperti bank, restoran, klinik, dan pasar raya tempatan.
Hartanah bertingkat tinggi terlaris di Pulau Pinang – Memenuhi permintaan pembeli rumah yang mencari gaya hidup berorientasikan resort
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
The Tamarind, Tanjong Tokong | Apartmen Servis | 21 | 720,000 | 1,047 |
Ideal Vision Park @ Tree Sparina, Bayan Lepas | Kondominium | 21 | 580,000 | 1,130 |
Quayside, Tanjong Tokong | Kondominium | 20 | 1,950,000 | 2,145 |
The Golden Triangle, Sungai Ara | Kondominium | 18 | 500,000 | 1,216 |
Pangsapuri Regensi Oren, Butterworth | Pangsapuri | 18 | 590,000 | 1,765 |
Di Pulau Pinang, tiga hartanah bertingkat tinggi teratas menawarkan pemandangan laut yang indah dan akses mudah ke pantai. Ciri-ciri ini sangat menarik kepada pembeli rumah pendapatan lebih tinggi yang mencari gaya hidup berasaskan resort. Dua kondominium terlaris dalam kategori ini terletak di Tanjong Tokong, perbandaran eksklusif di tepi laut. The Tamarind, yang mencatat sejumlah 21 transaksi, direka bentuk dengan landskap yang indah serta landskap air yang luas, menawarkan penduduknya persekitaran yang mewah seperti resort. Tanda harganya yang sederhana sekitar RM720,000 menarik minat pembeli rumah yang ingin menikmati gaya hidup tepi laut. Sementara itu, Quayside (20 jumlah transaksi) adalah hartanah pertama di Pulau Pinang dengan taman air persendirian. Kebanyakan unit dalam projek ini mempunyai pemandangan tepi laut yang indah, dengan perimeter yang dilandskap cantik oleh tujuh ekar tanaman hijau tropika, termasuk taman, taman terbuka seluas satu ekar dan laluan berjoging/berbasikal.
Hartanah bertanah terlaris di Johor – Rumah teres melebihi 1,300 kaki persegi di daerah JB muncul sebagai pilihan utama
Projek | Jenis Hartanah | Jumlah Transaksi | Harga Median Purata (RM) | Saiz Median Purata (kaki persegi) |
Taman Universiti, Skudai | Rumah Teres | 171 | 308,000 | 1,302 |
Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri (Nusajaya) | Rumah Teres | 156 | 580,000 | 1,399 |
Taman Mutiara Rini, Skudai | Rumah Teres | 111 | 645,000 | 1,606 |
Taman Setia Indah, Tebrau | Rumah Teres | 110 | 500,000 | 1,399 |
Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri (Nusajaya) | Rumah Teres | 99 | 610,000 | 1,765 |
Selepas Selangor, Johor mencatatkan jumlah transaksi tertinggi hartanah bertanah – empat daripada lima pembangunan hartanah bertanah terlaris mencatat lebih daripada 100 transaksi. Jumlah pembelian yang tinggi ini, walaupun ketika pandemik yang berterusan, menunjukkan bahawa pembeli rumah sanggup membeli rumah dengan kemudahan dan ketersambungan yang baik di kawasan kejiranan matang. Rumah teres paling laris dengan 171 jumlah transaksi, Taman Universiti, terletak di kawasan kejiranan matang Skudai dan bersempadan dengan pembangunan mantap lain di Johor Bahru. Mengenai , Taman Universiti mudah diakses ke kawasan sekitarnya melalui jalan dan lebuh raya utama. Taman Bukit Indah, pinggir bandar di Iskandar Puteri, adalah sebuah perbandaran yang terkenal dengan landskap reka bentuk yang menarik dan kehijauan yang subur. Lokasinya yang strategik merupakan satu lagi faktor utama dalam menarik pembeli dan pelabur rumah. Satu lagi sebab populariti kedua-dua hartanah ini adalah lokasinya yang berhampiran alam semula jadi dan taman terbuka, faktor penting bagi ramai pembeli rumah yang inginkan gaya hidup sihat dan seimbang.
NOTA KAKI:
- Sistem data daripada JPPH secara rasmi merekodkan transaksi hartanah di Malaysia sebaik sahaja duti setem untuk Perjanjian Jual Beli (S&P) dibayar.
- *Tempoh Julai 2021 hingga Jun 2022 dipilih untuk tujuan siaran akhbar ini, kerana ia merupakan tarikh terkini dengan senarai lengkap transaksi hartanah subjualan yang telah disediakan oleh JPPH.
- **Pembeli rumah kali pertama boleh mendapat manfaat daripada pengecualian duti setem penuh untuk rumah bernilai RM500,000 dan ke bawah sehingga akhir 2025 dan kadar pengecualian duti setem 75% untuk rumah bernilai daripada RM500,001 hingga RM1 juta sehingga 31 Disember 2023.
* * *
Mengenai iProperty.com.my
iProperty.com.my adalah peneraju pasaran hartanah di Malaysia dan menawarkan gambaran hartanah yang lengkap bagi pencari dalam perjalanan pembelian, penyewaan, penjualan dan pelaburan hartanah mereka. Syarikat ini menawarkan pengalaman carian dalam kedua-dua bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dan menyediakan penyelesaian pengguna yang mendalam seperti Bahagian Transaksi – yang menawarkan data transaksi sub-jualan terkini dan paling tepat dan LoanCare – penunjuk kelayakan pinjaman rumah. Syarikat juga komited untuk membangunkan alat Proptech yang inovatif dan cerapan dipacu data seperti iProperty PRO, Hab Pelanggan dan Perkhidmatan Pemasaran untuk menyokong rakan kongsi, pembangun hartanah dan ejen kami, dalam mengembangkan perniagaan mereka. Syarikat ini adalah sebahagian daripada Kumpulan PropertyGuru (NYSE: PGRU), syarikat teknologi hartanah terkemuka di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut, layari www.iproperty.com.my dan www.PropertyGuruGroup.com atau laman social media kami di Facebook, Instagram dan LinkedIn.
Jurucakap kami tersedia untuk ditemuduga dan anda boleh menghubungi pasukan komunikasi kami di sini.