UNTUK SIARAN SEGERA
- 44% responden ingin membeli hartanah sebelum pengumuman PKP
- Keinginan membeli pencari-pencari hartanah di Malaysia tidak terjejas oleh PKP kerana jumlah pencari hartanah yang ingin membeli setelah pengumuman PKP meningkat kepada 45%
- 90% responden yang mencari hartanah menamakan pilihan masuk yang mudah seperti pembayaran awal sifar, potongan oleh pemaju dan kos undang-undang bersubsidi sebagai faktor utama yang akan memudahkan keputusan pembelian mereka
KUALA LUMPUR, 14 Julai 2020 — iProperty.com.my, portal hartanah No. 1 di Malaysia, telah mengumumkan hasil tinjauan pengguna yang terkini. Tinjauan tersebut bertujuan untuk memahami tingkah laku pencari hartanah di Malaysia dalam perjalanan mencari hartanah mereka dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bagaimana ia mempengaruhi mereka dalam faktor pembelian hartanah. Tinjauan ini juga menganalisis keinginan membeli setiap pembeli rumah sebelum, semasa dan setelah PKP berakhir. Tinjauan dilakukan antara 11hb Mei – 1hb Jun 2020.
44% responden tinjauan ingin membeli hartanah sebelum pengumuman PKP
iProperty.com.my mendedahkan bahawa 44% responden ingin membeli hartanah sebelum pengumuman PKP. Daripada jumlah pencari hartanah ini, 28% berhenti mencari hartanah selepas PKP diumumkan pada 16hb Mac 2020. Walau bagaimanapun, lebih daripada satu pertiga daripada pencari hartanah yang berhenti mencari (38%) menyatakan bahawa mereka sedang menunggu harga turun atau masih terbuka kepada tawaran hartanah yang terbaik.
Dua faktor utama yang mempengaruhi pencari hartanah ketika menilai penyenaraian atas talian adalah pengesahan penilaian hartanah (tren harga untuk hartanah yang serupa) dan sumber informasi mengenai ruang dan susun atur hartanah yang memberikan pemahaman yang jelas.
Keinginan membeli pencari-pencari hartanah di Malaysia tidak terjejas oleh PKP kerana jumlah pencari hartanah yang ingin membeli setelah pengumuman PKP meningkat kepada 45%
Menurut hasil tinjauan, walaupun situasi pandemik COVID-19, tren mencari hartanah di kalangan rakyat Malaysia masih memberangsangkan. Menariknya, hasil tinjauan menunjukkan bahawa 24% responden yang tidak ingin membeli hartanah sebelum PKP kini ingin membeli setelah pengumuman PKP. Sebilangan besar peserta baru melihat keadaan pasaran semasa sama ada sebagai peluang untuk membeli rumah pertama mereka atau untuk menaik taraf kediaman mereka yang sedia ada atau melabur dalam sektor hartanah. Sementara sesetengah golongan responden menyebutkan bahawa mereka ingin membeli hartanah yang lebih kecil atau berpindah ke lokasi yang lebih strategik.
Dengan peserta-peserta baru ini, peratusan responden yang mencari harta tanah meningkat kepada 45% selepas pengumuman PKP. Selain itu, 10% lagi responden yang berhenti mencari hartanah pasca PKP berasa terbuka kepada tawaran dan promosi hartanah yang menarik. Dengan mengambil kira kumpulan ini, peratusan responden yang berminat untuk membeli hartanah selepas pengumuman PKP adalah 55%.
Walaupun begitu, 92% responden yang mencari hartanah menyatakan bahawa mereka mempunyai kesediaan yang lebih rendah untuk bertransaksi (49% ingin menunggu harga turun sementara 43% masih lagi mencari tetapi lebih berhati-hati untuk membuat komitmen kewangan).
90% responden yang mencari hartanah menamakan pilihan masuk yang mudah sebagai faktor utama yang akan memudahkan keputusan transaksi mereka
Tinjauan ini selanjutnya menunjukkan bahawa 90% responden menjawab bahawa faktor-faktor yang akan membantu meringankan keputusan transaksi mereka adalah pilihan masuk yang mudah seperti pembayaran awal sifar, potongan pemaju hartanah dan kos undang-undang bersubsidi. Tambahan pula, 81% daripada responden mencari pemaju hartanah atau ejen hartanah yang boleh dipercayai.
Juga, 89% pencari hartanah bercenderung kepada idea pandangan bilik pameran maya (virtual showroom). 75% menyatakan bahawa bilik pameran maya dapat membantu mereka membuat keputusan untuk membeli sementara 14% mengatakan ianya tidak cukup untuk mereka membuat keputusan untuk sama ada membeli / menyewa harta tanah.
Pada masa yang sama, 83% daripada semua responden ingin mendapatkan kemas kini mengenai tawaran hartanah yang baik (hartanah baru untuk promosi, atau hartanah sub penjualan dengan harga yang baik), sementara 54% responden berminat dengan data pasaran bagi membantu mereka memahami keadaan semasa pasaran hartanah dengan lebih baik.
Tinjauan pengguna ini mengambarkan situasi yang positif selaras dengan pengenalan semula Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di bawah Pelan Jana Semula Sektor Ekonomi Negara (PENJANA) oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini. Inisiatif HOC yang menampilkan cuti duti setem yang ketara akan membantu meringankan beban kewangan pembeli rumah.
Mengulas mengenai tinjauan pengguna ini, Wong Siew Lai, Pengurus Besar Pemasaran dan Komunikasi, iProperty.com.my berkata, “Penemuan dari tinjauan pengguna ini menunjukkan sesuatu yang sangat menggalakkan mengenai keinginan pencari hartanah di Malaysia untuk membeli walaupun kita berada dalam situasi yang belum pernah kita tempuhi angkara wabak COVID-19. Secara keseluruhan, jumlah keinginan membeli tidak berubah dengan ketara dan masih ramai mencari hartanah. Pencari hartanah menghabiskan lebih banyak masa untuk meneliti dan menilai pilihan hartanah secara atas talian. Pencari hartanah kini lebih cenderung kepada tawaran hartanah yang menarik dan penyelesaian yang dapat membantu mereka menemui tawaran tersebut. Pencari hartanah juga berminat untuk mendapat sumber informasi atas talian yang boleh membantu mereka memahami keadaan pasaran semasa dengan lebih baik. Sekiranya mereka menemui tawaran yang sesuai, banyak pencari hartanah bakal bersedia melabur walaupun melebihi anggaran bajet asal mereka. ”
NOTA:
- Tinjauan dilakukan oleh iProperty.com.my antara 11 Mei – 1 Jun 2020
- Kumpulan generasi responden:
- Gen Z, di bawah 1% responden
- Gen Y, 67% responden
- Gen X, 32% responden
***
Mengenai REA Group & iProperty.com.my
REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).
Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.au, realcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.com, maakan.com dan housing.com di India.
iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.
Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.