Oleh Wong Siew Lai, Pengurus Besar – Malaysia dan Pengurus Besar – Pemasaran & Komunikasi, iProperty.com Malaysia Sdn Bhd
Klik sini untuk muat turun gambar
Bagi pihak iProperty.com.my, portal hartanah No.1 di Malaysia, kami ingin berkongsi pendapat menjelang pengumuman Belanjawan 2021 yang akan datang. Senarai harapan iProperty.com.my untuk Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan pada November 2020 adalah seperti berikut:
1. Untuk merangsangkan lagi sektor hartanah tempatan, kami berharap kerajaan dapat mempertimbangkan pengurangan cukai duti setem untuk pembeli rumah kali pertama selepas Kempen Pemilikan Rumah berakhir pada 31 Mei 2021. Pengurangan duti setem adalah penting untuk membantu golongan muda Malaysia membeli hartanah. Pengurangan cukai duti setem juga boleh diperluaskan ke pasaran sekunder (subsale) untuk menambah peluang buat para pembeli.
2. Kami berharap kerajaan akan mengkaji semula dasar dan memperkenalkan langkah-langkah tambahan untuk menggalakkan pemilikan rumah di kalangan golongan muda. Sebagai contoh, pelepasan cukai untuk faedah pinjaman rumah yang ditanggung oleh pembeli rumah kali pertama perlu diperkenalkan semula untuk menggalakkan lagi pemilikan rumah di kalangan golongan muda. Lebih awal mereka membeli hartanah, lebih banyak masa untuk golongan muda mendapat manfaat kenaikan modal dari pelaburan hartanah mereka.
3. Pengecualian penuh daripada Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) yang diumumkan di bawah pakej Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) amat dialu-alukan. Pada masa ini, pengecualian ini dihadkan kepada pelupusan tiga unit rumah kediaman bagi setiap individu. Kami berharap belanjawan baharu ini akan memperbaiki inisiatif CKHT yang sedia ada dengan menghapuskan atau melonggarkan had unit pelupusan setiap individu untuk meningkatkan keyakinan di kalangan penjual hartanah. Ini akan membantu merangsang lebih banyak transaksi dan mendorong penjual untuk memanfaatkan penjimatan daripada pengecualian ini kepada pembeli.
4. Satu lagi faktor yang boleh merangsang pasaran hartanah tempatan adalah pelaburan daripada pembeli asing. Kami berharap Belanjawan 2021 akan menghidupkan semula program Malaysia Rumah Keduaku (Malaysia My Second Home (MM2H)) bagi menggalakkan pelaburan asing di pasaran hartanah tempatan. Di samping itu, proses permohonan boleh diselaraskan untuk lebih mesra pelabur bagi menggalakkan lebih ramai pembeli asing. Walaupun program MM2H hanya merangkumi sebahagian kecil daripada jumlah pembeli rumah di Malaysia, ia penting untuk memacu permintaan dari pembeli asing. Program ini juga dapat mengurangkan harta tanah tidak terjual dan pembekalan unit tidak terjual dalam pasaran sekunder.
5. Satu lagi inisiatif yang kami harapkan ialah insentif penyewaan. Ketidaktentuan akibat pandemik COVID-19 mungkin mendorong lebih ramai orang untuk menyewa daripada membeli rumah. Lebih ramai juga yang bekerja dari rumah dan memberi lebih keutamaan kepada persekitaran hidup yang selesa dan kondusif. Menyewa boleh menjimatkan kos penginapan dalam jangka pendek. Sebagai contoh, kerajaan boleh memperkenalkan insentif kepada penyewa kali pertama dan berpengalaman. Pemilik rumah yang sukar untuk menjual hartanah mereka pada masa ini boleh mempertimbangkan penyewaan jika insentif yang menarik diperkenalkan untuk memanfaatkan tuan hartanah. Sebagai contoh, pada awal tahun ini kerajaan mengumumkan potongan cukai kepada tuan hartanah yang memberikan diskaun kepada kadar sewa.
-tamat-
Mengenai REA Group & iProperty.com.my
REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).
Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.au, realcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.com, maakan.com dan housing.com di India.
iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.
Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.