OK

[Versi Bahasa Malaysia] iProperty.com.my Melancarkan Data Analisis Aliran Permintaan Untuk Tatapan Umum Buat Pertama Kali

By iProperty.com.my, Aug 23 2019


Untuk Siaran Segera

  • Data Analisis ini memberikan maklumat trend permintaan semasa menggunakan kunjungan pengguna portal hartanah ini serta data penyenaraian hartanah dalam pasaran hartanah kediaman Malaysia dengan tumpuan khusus di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor
  • Data Analisis yang disediakan dengan mengumpul dan menganalisa data yang terkumpul dari iProperty.com.my adalah yang pertama seumpamanya yang memberikan maklumat berharga buat semua pihak berkepentingan yang berkaitan dan menyelaraskan pemain industri dengan sentimen pasaran untuk memudahkan membuat keputusan yang lebih baik
  • iProperty.com.my telah melaburkan masa hampir setahun membuat penyelidikan, perancangan dan pengumpulan maklumat bagi menghasilkan data analisis yang dikumpulkan dari jutaan kunjungan setiap bulan.

(Kiri ke kanan) Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar Solusi Data Pengguna, REA Group Asia dan Sean Liew, Pengurus Besar; Pemaju iProperty.com.my di majlis pelancaran iProperty.com.my Portal Data Analisis Aliran Permintaan separuh pertama 2019

(Klik disini untuk muat turun gambar)

Kuala Lumpur, 23 Ogos 2019 –  iProperty.com.my secara rasminya melancarkan analisis permintaan hartanah semasa bagi hartanah kediaman di Malaysia. Bertajuk iProperty.com.my Portal Data Analisis Aliran Permintaan separuh pertama 2019 (iProperty.com.my H1 2019 Portal Demand Analytics), analisis ini memberikan gambaran makro yang telus bagi trend permintaan semasa menggunakan jumlah kunjungan pengguna portal ini serta data penyenaraian hartanah di pasaran hartanah kediaman Malaysia dengan tumpuan khusus di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor. Empat negeri ini menyumbang lebih daripada 60% bahagian pasaran transaksi.

Analisis ini, dengan data tambahan yang dikumpulkan daripada brickz.my, bertujuan untuk memberikan gambaran kepada pembuat polisi dan pemaju hartanah bagi pilihan kediaman penduduk Malaysia. Sebagai portal hartanah nombor 1 di Malaysia, iProperty.com.my memperoleh jutaan kunjungan setiap bulan. Tingkah laku masa nyata ini menunjukkan di mana letaknya permintaan kediaman di peringkat negara (lawatan laman web), berbanding dengan bekalan (senarai hartanah di laman web).

Dikumpul dan diterbitkan untuk pertama kalinya di Malaysia, titik data permintaan ini belum pernah dapat diakses di rantau ini sebelum ini. Dengan tujuan mencetuskan perbincangan di kalangan pihak berkepentingan, data analisis ini juga berfungsi untuk menyelaraskan pemain industri dengan sentimen pasaran untuk memudahkan membuat keputusan yang lebih baik.

“Data permintaan yang dibentangkan dalam data analisis ini mewakili sentimen pengguna. Kami melihat banyak laporan dan penyelidikan di bahagian penawaran, analisis ini sebaliknya melihat dari sisi permintaan. Ia menyampaikan maklumat dari kaca mata pengguna. Analisis ini adalah yang pertama seumpamanya dan memberikan pandangan yang berharga bagi semua pemegang taruh.

Dengan data analisis ini juga, kami berharap semua pihak berkepentingan yang berkaitan dapat menilai maklumat untuk memahami pasaran tempatan dengan lebih baik, yang mencerminkan pasaran permintaan, “kata Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar Solusi Data Pengguna, REA Group Asia.

Apartmen servis kian popular

Secara keseluruhannya, data analisis menunjukkan terdapat peningkatan pada kunjungan dan penyenaraian di peringkat kebangsaan; Walau bagaimanapun, pertumbuhan kunjungan mengatasi kenaikan penyenaraian, menghasilkan peningkatan permintaan hartanah negara sebanyak + 4.1%. Selaras dengan sentimen keseluruhan di pasaran hartanah, trend untuk tahun 2018 dan seterusnya 2019 adalah faktor mampu milik dengan lebih banyak Apartmen Servis memasuki pasaran. Jenis kediaman ini semakin popular kerana harga yang berpatutan dan lokasinya di kawasan yang strategik.

Apartmen Servis mengalami pertumbuhan permintaan yang paling ketara pada + 14.7%, disumbangkan oleh kunjungan yang berpindah daripada Kondominium. Walau bagaimanapun, Apartmen Servis (dengan 11% daripada jumlah kunjungan) masih lagi jauh untuk mengejar prestasi Kondominium (dengan 23% daripada jumlah kunjungan).

(Kiri ke kanan) Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar Solusi Data Pengguna, REA Group Asia dan Sean Liew, Pengurus Besar; Pemaju iProperty.com.my di majlis pelancaran iProperty.com.my Portal Data Analisis Aliran Permintaan separuh pertama 2019

(Klik disini untuk muat turun gambar)

Data analisis itu menambah bahawa daya tarikan Apartmen Servis juga melampaui faktor mampu milik. Daya tarikan lain termasuk alamat yang dianggap berprestij, akses kepada pengangkutan awam dan ketersediaan perkhidmatan komersil seperti kedai makanan dan minuman. Pembinaan baharu jenis kediaman ini di lokasi yang sesuai telah menambah minat orang ramai. Pada masa ini, Apartmen Servis mewakili kira-kira 3% daripada bahagian pasaran kediaman sekunder.

Rumah Teres pula memperlihatkan pertumbuhan permintaan yang agresif sebanyak +3.7% (dengan 32% daripada jumlah kunjungan). Rumah Teres, yang merupakan separuh daripada bahagian pasaran transaksi di Malaysia, masih lagi jenis kediaman yang lebih popular dan juga mengekalkan pertumbuhan modal positif sebanyak + 6.7% dengan pertumbuhan permintaan sebanyak + 3.7%.

Secara ringkasnya, data analisis ini menyimpulkan bahawa empat pasaran perumahan tertinggi di Malaysia adalah KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor; Permintaan di KL meningkat sebanyak + 3.8%, Selangor pada + 9.8%, manakala Pulau Pinang dan Johor masing-masing menurun sebanyak -4.4% dan -16.1%. Kawasan dengan permintaan tertinggi di KL, Selangor, Pulau Pinang dan Johor adalah Batu Caves, Dengkil, Batu Kawan dan Batu Pahat. Pecahan prestasi oleh negeri-negeri terus dianalisa lagi dalam data analisis ini.

Sebagai peneraju dalam industri penyenaraian hartanah tempatan, iProperty.com.my telah melaburkan masa hampir setahun bagi penyelidikan, perancangan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan data analisis eksklusif ini. Data analisis ini merupakan edisi pertama dan edisi seterusnya akan tersedia pada masa akan datang untuk memberikan maklumat bernilai berkaitan pasaran hartanah tempatan. Melalui teknologi data besar, data analisis ini menyediakan pemilik harta dan semua pihak berkepentingan, maklumat komprehensif mengenai permintaan yang sedia ada untuk projek tertentu.

Muat turun iProperty.com.my H1 2019 Portal Demand Analytics:

iProperty.com_.my-H1-2019-Portal-Demand-Analytics_Final-26-August-2019

TAMAT

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group Limited merupakan sebuah syarikat pengiklanan global dengan pegkhususan dalam bidang hartanah. Perniagaan kami dipacu inovasi dan bertunjangkan nilai, dan mempunyai lebih daripada 1,600 orang pekerja, semuanya menjunjung satu matlamat, iaitu ‘untuk mengubah cara dunia menikmati hartanah’. REA menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan produk dan pengalaman yang inovatif buat semua pengguna kami di seluruh dunia.

Di Australia, Kumpulan REA mengendalikan laman web perumahan, komersil dan hartanah untuk perkongsian yang terkemuka – realestate.com.au, realcommercial.com.au, flatmates.com.au – dan juga Spacely, laman web hartanah bagi hartanah komersil dan perkongsian ruang pejabat bagi jangka masa pendek. Jumlah pengguna besar ini yang ingin membeli, menjual, menyewa atau berkongsi hartanah secara langsung membekalkan data dan maklumat berharga mengenai bagaimana orang ramai membuat carian hartanah. REA juga merupakan pemilik Hometrack Australia, penyedia perkhidmatan data hartanah yang terkemuka. Bagi pekhidmatan kewangan pula, kumpulan REA juga adalah pemilik Smartline, salah satu kumpulan francais pembrokeran gadai janji utama Australia.

Asia merupakan rantau hartanah yang paling pesat berkembang di dunia dan kekal penting dalam strategi global Kumpulan REA. Operasi Kumpulan REA Asia termasuk portal hartanah terkemuka di Malaysia (iProperty.com.my), Indonesia (rumah123.com), Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SmartExpo) dan Thailand (ThinkofLiving.com). Kami juga mempunyai portal yang dikenali ramai di Singapura (iProperty.com.sg) dan China (myfun.com). Laman web, aplikasi dan acara-acara hartanah Kumpulan REA menyediakan perkhidmatan hartanah yang paling komprehensif di seluruh Asia Tenggara.

Ibu pejabat iProperty.com.my terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan kunjungan lebih daripada 3 juta  pengguna setiap bulan, iProperty.com.my adalah portal hartanah No. 1 di Malaysia, dan menawarkan penkhidmatan carian dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

Selain dari rantau Asia, REA adalah pemegang saham utama  Move, Inc. di Amerika Syarikat (pengendali realtor.com) dan Elara di India, yang mengendalikan Housing.com, PropTiger dan Makaan.

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.