OK

iPropertyStories: Kongsi cerita hartanah anda dengan kami!

Kongsi cerita hartanah anda dengan kami!

Anda boleh berkongsi pengalaman peribadi, tips dan pandangan anda.

This is a required field
Valid email address is required
This is a required field
Dengan melengkapkan borang ini, anda bersetuju iProperty.com Malaysia memberikan kredit kepada anda untuk entri anda dalam mana-mana penerbitan di laman web kami. Anda juga bersetuju dengan Terms of Use (https://www.iproperty.com.my/terms-of- penggunaan /) dan Privacy Policy (https://www.iproperty.com.my/privacy-policy/) kami, termasuk pengumpulan, penggunaan, pendedahan, pemprosesan, penyimpanan dan pengendalian maklumat peribadi anda.

#iPropertyStories 2021 (“Acara”) Garis Panduan dan Terma & Syarat

  • Apakah #iPropertyStories 2021?
    • iProperty.com Malaysia Sdn Bhd (“Kami”) mencari pengalaman individu yang akan membantu kami mengkurasi artikel yang berkaitan dengan pengalaman bersama hartanah tertentu.
    • Anda bukan sahaja boleh berkongsi pengalaman peribadi, tips dan pandangan anda dengan beratus-ratus ribu pembaca yang mengikuti halaman iProperty.com.my, inisiatif ini juga akan membantu matlamat kami untuk menerbitkan kandungan yang berguna dan unik ke laman web iProperty.com.my. Jangan ragu-ragu berkongsi sebarang kisah hartanah anda dan hantarkan mesej kepada kami melalui media sosial atau e-mel my.contentsocialmedia[@]iproperty[dot]com[dot]my.
  • Bagaimanakah #iPropertyStories berfungsi?
    • Kami akan memaparkan beberapa soalan di media sosial atau saluran rangkaian iProperty.com.my (termasuk Facebook, Twitter dan Instagram tanpa had). Setiap topik akan mempunyai hantaran  tersendiri yang akan memerlukan penyertaan anda. Contohnya, bagaimanakah anda berurusan dengan penyewa yang rumit? Kongsi tips anda!
    • Beritahu cerita / tips / pandangan anda dalam sekurang-kurangnya 250 perkataan atau lebih.
    • Kami akan mengumpulkan jawapan yang paling relevan untuk artikel di bawah profil pengarang iProperty Malaysia. Sila ambil perhatian bahawa senarai pendek kisah dan proses penyuntingan adalah prerogatif mutlak kami. Sekiranya kami menerbitkan sebarang artikel atau kandungan yang telah dikurasi daripada atau berdasarkan penyertaan anda, kami mempunyai hak mutlak untuk menyingkirkan artikel atau kandungan tersebut pada bila-bila masa, tanpa memberi notis kepada anda.
  • Apakah yang kami cari?
    • Kami hanya menerima cerita asal dan mempunyai polisi anti-plagiarisme yang ketat. Jangan berkongsi kandungan yang telah diterbitkan di tempat lain. Hanya kongsi cerita atau kandungan yang anda miliki, atau anda mempunyai izin dan persetujuan sah untuk berbuat demikian.
    • Maklumat mudah difahami dan bukannya dalam bahasa berbunga-junga atau penuh jargon. Anda boleh merujuk kepada FAQ (“Soalan Lazim”) kami. Kebanyakannya artikel yang jelas memberikan maklumat dan pengetahuan yang berharga. Di iProperty.com.my, kami mahu memperkasakan pengguna hartanah Malaysia melalui ilmu dan data!
    • Nada tulisan yang mesra pembaca tanpa kata-kata yang kesat atau kasar. Kami tidak akan menerima sebarang fitnah atau tuduhan yang ditujukan kepada pihak tertentu. #iPropertyStories adalah suatu inisiatif melibatkan cerita yang dihasilkan oleh pengguna dan bukan forum terbuka.
  • Tips menulis
    • Anda mungkin mempunyai terlalu banyak cerita yang ingin  dikongsi tetapi tidak pasti di mana dan bagaimana untuk memulakannya! Untuk memperkemaskan komen, anda harus:
      • Menawarkan nasihat khusus untuk menangani cabaran. Jelaskan cara anda menghadapi sesuatu keadaan atau kesulitan.
      • Berikan maklum balas mengenai apa yang dipelajari daripada pengalaman anda.
    • Butiran singkat (“bullet points”) dialu-alukan. Ada tidak perlu menyusun segala butiran dalam perenggan yang cantik. Kami akan menyunting dan mengoptimumkan artikel dengan sewajarnya.
    • Jangan tulis kenyataan yang terlalu singkat atau hanya satu perkataan (“one-liner”). Apabila memberikan pendapat anda mengenai sesuatu perkara, berikan bukti berdasarkan fakta yang sah dan sumber petikan yang sesuai.
    • Elak daripada menulis klise, perkara-perkara atau fakta yang sudah diketahui ramai. Contohnya: Anda perlu membayar yuran penyelenggaraan anda tepat pada masanya untuk memastikan harta strata anda diselenggara dengan baik.
  • Bolehkah saya berkongsi gambar untuk membantu cerita saya?
    • Ya, sudah tentu! Pengguna juga dibenarkan berkongsi gambar atau imej berkaitan untuk membantu cerita mereka.
    • Hanya kongsi imej yang anda miliki atau telah diambil sendiri, atau anda mempunyai izin dan kebenaran sah untuk berbuat demikian.
    • Jangan kongsi visual dari laman imej stok percuma seperti Pixabay, freeimages.com dan Pexel serta tangkapan skrin dalam talian atau imej Facebook/Instagram orang lain.
    • Label imej dengan nama penuh anda supaya kami dapat mengiktiraf sumbangan anda dengan sempurna. Contohnya, kami akan memberi kredit untuk imej berlabel “Manjit Singh” sebagai “Sumber: Manjit Singh”.
    • Jika ada sebarang keraguan, sila e-mel kami di my.contentsocialmedia@iproperty.com.my untuk menyemak terlebih dahulu sebelum memuat naik apa-apa ke laman Facebook kami.
  • Bagaimanakah saya tahu bila artikel diterbitkan?
    • Semua artikel akan diterbitkan di laman Facebook kami dengan topik perbualan (“hashtag”) #iPropertyStories. Kami syorkan anda mengikuti halaman Facebook iProperty.com.my supaya anda mudah mengikuti perkembangan mengenai semua cerita baharu di “hashtag” #iPropertyStories.
  • Tertakluk kepada terma dan syarat am.

TERMA DAN SYARAT AM

  • Setiap peserta harus bersetuju untuk memasuki acara ini dengan risiko mereka sendiri dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua risiko yang berkaitan dengan penyertaan acara ini. iProperty.com Malaysia Sdn Bhd (“iProperty.com.my”) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, kerugian, tuntutan, kos atau prosiding, sama ada secara langsung atau tidak langsung, istimewa atau berbangkit, yang dialami atau ditanggung oleh mana-mana peserta acara ini.
  • Setiap peserta mengakui dan bersetuju dengan penggunaan nama, imej dan penyertaannya oleh iProperty.com.my dalam sebarang bahan publisiti (bercetak dan/atau digital), laman web dan/atau media sosial atau saluran rangkaian (termasuk Facebook, Twitter dan Instagram tanpa had) mengikut budi bicara mutlak syarikat. “Maklumat Peribadi” tertakluk di bawah undang-undang privasi yang berkenaan dan mungkin termasuk, tanpa had, nama pengguna Facebook dan/atau Instagram peserta dan foto profil.
  • iProperty.com.my mungkin mengumpul maklumat peribadi daripada peserta untuk mengendalikan acara ini, dan untuk tujuan ini boleh mendedahkan maklumat peribadi kepada pihak ketiga (termasuk ejen, kontraktor dan penyedia perkhidmatan tanpa had). Untuk maklumat lanjut mengenai cara iProperty.com.my mengumpul, menggunakan, mendedahkan, memproses, menyimpan dan mengendalikan maklumat peribadi, sila rujuk kepada Polisi Privasi iProperty.com.my di https://www.iproperty.com.my/privacy-policy/.
  • Setiap peserta mengaku dan bersetuju untuk terikat dengan terma penggunaan iProperty.com.my di https://www.iproperty.com.my/terms-of-use/as mengenai akses dan penggunaan imej.
  • Setiap peserta mengesahkan bahawa dia memegang semua hak harta intelek (termasuk, tanpa had, hak cipta) dalam penyertaannya, atau bahawa dia telah mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu atau kelulusan untuk penggunaan mana-mana bahan berhak cipta pihak ketiga yang terkandung dalam semua penyertaan. Setiap peserta menjamin bahawa penyertaannya adalah karya asal pengarangnya dan tidak melanggar mana-mana hak harta intelek pihak ketiga atau mempunyai sebarang kandungan yang mengelirukan, menipu, menyalahi undang-undang, tidak sesuai untuk penerbitan atau dirosakkan oleh sebarang virus atau kod yang melumpuhkan. Tiada peserta boleh memberikan atau menyerahkan apa-apa penyertaan kepada pihak ketiga, sama ada semasa atau selepas tempoh acara, tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu daripada iProperty.com.my.
  • Setiap peserta mengakui dan bersetuju bahawa dengan memasuki acara ini, dia memberikan iProperty.com.my lesen eksklusif (termasuk hak untuk memberi sub-lesen) yang tidak boleh ditarik balik, kekal dan bebas royalti di seluruh dunia untuk menggunakan, menyalin, mengubah, menyunting, mengubah suai, melaraskan, mengadaptasi, mengeksploitasi, menghantar, mengedar dan menerbitkan entrinya di media yang dimiliki dan dikendalikan oleh iProperty.com.my dan/atau sekutunya. Jika mana-mana penyertaan mengandungi sebarang bahan hak cipta pihak ketiga, peserta perlu menjamin bahawa dia telah memperoleh lesen yang berkenaan untuk iProperty.com.my. Media yang dimiliki yang disebut di atas termasuk, tanpa had,: laman web ‘www.iproperty.com.my’ dan versi mobil, tablet dan aplikasinya; mana-mana media sosial dan saluran rangkaian atau mel langsung elektronik yang dikendalikan oleh iProperty.com.my; dan apa-apa penerbitan atau bahan yang dicetak atau diterbitkan oleh iProperty.com.my.
  • Setiap peserta akan memberi indemniti dan melindungi iProperty.com.my dan pegawai, pengarah, pekerja dan ejen syarikat tersebut sepenuhnya dari sebarang tuntutan, kos, perbelanjaan, kerugian dan/atau ganti rugi yang mungkin timbul daripada pelanggaran terma dan syarat dan garis panduan yang berkaitan dengan acara ini, termasuk tuntutan atau prosiding pihak ketiga terhadap iProperty.com.my dan mana-mana pegawai, pengarah, kakitangan dan ejen syarikatnya.
  • iProperty.com.my berhak, mengikut budi bicara muktamad dan pada bila-bila masa, untuk menukar atau mengubah suai sebarang terma dan syarat. Penukaran tersebut akan berkuatkuasa serta-merta selepas disiarkan di laman web ini. Setiap peserta mengakui dan bersetuju dengan iProperty.com.my bahawa versi terma dan syarat yang dipinda dan diterbitkan di laman web ini adalah notis yang mencukupi untuk perubahan tersebut. Selepas penukaran ini, semua perserta yang terus terlibat dalam acara ini dianggap menerima dan bersetuju terikat dengan terma dan syarat yang dipinda tersebut.
  • iProperty.com.my berhak untuk membatalkan atau menamatkan acara ini tanpa notis jika sebarang keadaan timbul di luar kawalannya atau atas apa jua sebab mengikut budi bicara mutlaknya.
  • iProperty.com.my tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perubahan, pindaan, pembatalan dan penamatan acara dan/atau terma dan syarat.
  • Sekiranya terdapat sebarang pertikaian atau salah faham yang timbul daripada acara atau sebarang terma dan syarat, rekod iProperty.com.my akan diguna pakai dan keputusan iProperty.com.my adalah muktamad.
  • Acara ini diadakan di Malaysia dan hanya sah di negara ini. Semua terma dan syarat akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia. Setiap peserta menerima bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia dan mengetepikan apa-apa hak bantahan sebarang tindakan yang dibawa ke mahkamah Malaysia.
  • Jika terdapat sebarang konflik, perbezaan, percanggahan atau kekaburan antara maklumat yang terkandung dalam sebarang bahan promosi dan terma dan syarat, terma dan syarat akan diguna pakai.

Your privacy

We've updated our privacy policy to reflect our commitment to ensuring the security of your data. Please check out our updated Privacy Policy for more details. By continuing browsing this website, you are giving consent towards the same.